MetMalaysia Keluarkan Ramalan Luruan Monsun );

Type to search

Backpackerz Berita Isu Isu

MetMalaysia Keluarkan Ramalan Luruan Monsun di Johor, Sabah dan Sarawak

Share

Perhatian kepada penduduk kawasan timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan luruan monsun dan hujan berterusan dari 28 Disember hingga 30 Disember ini.

BACA JUGA: Siti Nurhaliza, Faizal Tahir Antara Selebriti Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Luruan monsun yang dijangka berlaku pada 27 Disember hingga 30 Disember adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

Amaran daripada MetMalaysia angin kencang dan laut bergelora diramalkan berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan pantai timur Semenanjung pada 26 Disember hingga 30 Disember.

[SUMBER: BERNAMA]

Dinasihatkan kepada orang ramai yang merancang perjalanan ke kawasan tersebut lebih berhati-hati dan peka dengan maklumat terkini.

MetMalaysia juga akan terus memantau keadaan cuaca setiap hari dan mengeluarkan kenyataan amaran penting jika ribut petir dan hujan lebat.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!