2,568 Agensi Pelancongan Terjejas Terima Bantuan Kewangan Dari MOTAC Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Editor

2,568 Agensi Pelancongan Terjejas Terima Bantuan Kewangan Dari MOTAC

Share
agensi
  • Kerajaan umum bantuan khas kepada syarikat pengendali pelancongan di bawah inisiatif PEMERKASA.
  • MOTAC menyarankan agensi pelancongan berdaftar mengambil peluang ditawarkan dengan sebaiknya.
  • Tarikh tutup permohonan bantuan kewangan tersebut pada 15 Julai ini.
agensi

Perdana Menteri Tan Sir Muhyiddin Yassin pada Mac lalu telah mengumumkan Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM3,000 kepada lebih 5 ribu agensi pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

MOTAC dalam kenyataan media sebelum ini berkata masih banyak agensi pelancongan belum menerima manfaat daripada bantuan kewangan yang disediakan itu.

Setakat ini, sebanyak 2,568 syarikat berkaitan pelancongan menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) melibatkan penyaluran peruntukan berjumlah RM7.70 juta.

“Justeru, MOTAC akan menambah baik syarat kelayakan bagi pemohon untuk memastikan lebih banyak golongan sasaran menerima manfaat dengan tampil mengemukan permohonan bagi tujuan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Tambah MOTAC, maklumat mengenai syarat kelayakan PEMERKASA 2021 bagi syarikat berkaitan yang berlesen di bawah kementerian itu boleh diakses melalui laman sesawang – MOTAC PEMERKASA 2021.

Peruntukan itu disalurkan kerajaan kepada penggiat industri pelancongan dan kebudayaan yang berdaftar bagi meneruskan kelangsungan operasi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata keprihatinan kerajaan itu untuk memastikan semua pihak yang berada dalam rantaian ekonomi berkaitan sektor pelancongan, seni dan kebudayaan diberi perhatian sewajarnya.

Buat penggiat industri yang terlibat, rebutlah peluang yang ditawarkan ini dengan sebaiknya kerana tarikh tutup permohonan bagi geran bantuan khas PEMERKASA adalah pada 15 Julai 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan PEMERKASA 2021 bagi syarikat pengendali pelancongan bernaung di bawah MOTAC, sila layar laman web tertera – MOTAC PEMERKASA 2021

 

Sumber: Twitter MOTAC & Bernama

Tourism Malaysia melancarkan laman microsite dengan nafas baharu iaitu Interactive Digital Brochures bagi penjenamaan semula risalah sedia ada – baca di sini
Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!