Musim Tengkujuh Sudah Bermula

Type to search

Backpackerz Berita

Musim Tengkujuh Sudah Bermula

Share

Monsun timur laut atau musim tengkujuh akan bermula pada 11 November 2020 sehingga ke Mac 2021 menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Sepanjang tempoh tersebut , dijangka akan berlaku empat sehingga enam episod hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir berlaku .

Banjir akan lebih buruk seandainya hujan lebat bertembung dengan fenomena air pasang besar dan juga luruan ribut .

Semasa fasa awal Monsun timur laut iaitu dari November sehingga ke Disember 2020 ,episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan , Terengganu dan Pahang. Manakala bermula Januari 2021 , episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Pahang , Johor , Sabah dan Sarawak .

Ketika fasa kedua Monsun timur laut iaitu bermula hujung Januari 2021 , keadaan cuaca kering dijangka berlaku di negeri – negeri utara Semenanjung ( Kedah , Pulau Pinang dan Perlis) serta Kelantan .

MetMalaysia juga telah mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika yang kini berada di sekitar 1.417 km timur laut Sandakan, Sabah.

Jabatan tersebut mengatakan ribut ketika ini sekitar 404 km barat laut Pulau Samar, Filipina dan bergerak ke arah barat laut dengan kecepatan 20km/jam.

[Sumber: Telegram Channel MetMalaysia] 

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!