Musim Tengkujuh Dijangka Berlarutan Hingga Mac 2021 );

Type to search

Backpackerz Berita

Musim Tengkujuh Dijangka Berlarutan Hingga Mac 2021

Farhana Syahirah
Share

Analisis dari Jabatan Meteorologi Malaysia mengatakan fasa musim tengkujuh yang bermula pada November lalu dijangka akan berlarutan sehingga bulan Mac 2021 ini.

Sepanjang tempoh monsun ini, Malaysia akan lebih banyak menerima tiupan angin yang lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut yang berkelajuan 10-20km/j terutamanya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, Barat Sarawak dan Timur Sabah.

Beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangka berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah

Pada bulan Januari 2021 kebanyakan kawasan di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 20mm hingga 150mm.

Jangkaan purata air hujan pada Januari 2021.

 

Manakala pada bulan Februari 2021 kebanyakan kawasan di negeri Perlis, utara Kedah serta Pulau Pinang di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 20mm hingga 100mm.

Jangkaan purata air hujan pada Februari 2021.

 

Beralih kepada bulan Mac 2021 pula, kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm. Di negeri Sarawak, bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dijangka menerima hujan pada paras sedikit bawah purata antara 200mm hingga 270mm

Jangkaan purata air hujan pada March 2021.

 

Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Januari hingga Jun 2021 ini berdasarkan konsensus ahli meteorologi melalui penganalisaan beberapa model tinjauan iklim terpilih

Kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan keadaan La Niña sedang berlaku dan dijangka berterusan sehingga Mei ini.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=v-HtStUtSOY[/embedyt]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!