Pengarah Filem Ini Kongsi Pengalaman MySejahtera Disemak Di KLIA, Dubai & Zurich, Bukan 'Sijil Kampung' Semata );

Type to search

Backpackerz Berita

Pengarah Filem Ini Kongsi Pengalaman MySejahtera Disemak Di KLIA, Dubai & Zurich, Bukan ‘Sijil Kampung’ Semata

Share
mysejahtera

Susulan pendedahan sebuah klinik bahawa terdapat golongan antivaksin yang mahu membeli sijil vaksinasi untuk pelbagai tujuan, seorang pengarah filem mendedahkan bahawa penggunaan sijil palsu tidak mungkin membolehkan seseorang melepasi sempadan negara.

Chong Keat Aun yang berkongsi pengalamannya keluar negara berkata, pendapat sesetengah pihak bahawa MySejahtera hanyalah “sijil domestik” adalah tidak benar.

BACA: Rakyat Malaysia Mungkin Dibenarkan ke Singapura Menggunakan MySejahtera Sebagai Pasport Vaksin

“Ada kawan yang berpendapat bahawa sijil palsu dapat digunakan untuk urusan di sempadan.

Malaysian director Chong Keat-aun of "The Story of Southern Islet" poses with his Best New Director award at the 57th Golden Horse Awards in Taipei, Taiwan November 21, 2020. REUTERS/Ann Wang.

“Jika anda betul-betul ingat MySejahtera tidak ada gunanya di luar negara, maka anda akan menderita dan terkandas di pintu keluar dan pintu masuk,” katanya seperti dipetik Sinchew Daily.

Keat Aun yang berkongsi pengalamannya keluar negara berkata, semasa urusan pendaftaran masuk (check-in) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petugas akan bertanya sama ada sudah menerima vaksin sebelum meminta bukti ujian PCR tempoh 48 jam dalam MySejahtera.

Katanya, hanya maklumat digital mengenai vaksinasi dalam MySejahtera diterima dan sijil dalam bentuk kertas adalah ditolak.

“Semasa memasuki pintu pelepasan dan pasport diperiksa, pegawai juga akan meminta menunjukkan aplikasi tersebut.

“Bila tiba di tempat pesta filem di Switzerland, petugas acara turut meminta maklumat vaksinasi dan ujian PCR dalam aplikasi tersebut.

“Sekiranya sudah menerima vaksin, maka peserta tidak perlu menjalani kuarantin, tetapi sebaliknya akan dipakaikan gelang yang membolehkan seseorang bergerak secara bebas,” katanya.

Pengarah filem dari Kedah itu juga berkongsi pengalamannya semasa balik ke tanah air apabila terserempak seorang warganegara Malaysia yang kehilangan telefon pintar, sekali gus tidak dapat membuka aplikasi itu.

“Walaupun dia membawa sijil kertas, tetapi ia ditolak oleh petugas.

“Nasib baiklah kawannya ada satu lagi telefon dan penumpang itu segera membeli kad telefon dan memuat turun MySejahtera.

“Selepas hampir setengah jam, maklumat MySejahtera berjaya ditunjukkan dan barulah dia boleh menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia,” katanya.

[Kredit: Malaysia Gazette]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!