Pakai Seluar Dalam Sebagai Pelitup Muka, Lelaki Ini Dihalau Daripada Pesawat Tetapi Tetap Berkeras Dirinya Betul Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Pakai Seluar Dalam Sebagai Pelitup Muka, Lelaki Ini Dihalau Daripada Pesawat Tetapi Tetap Berkeras Dirinya Betul

Share
seluar dalam pelitup muka

Seorang lelaki dihalau keluar dari pesawat selepas memakai seluar dalam merah wanita sebagai pelitup muka.

Dalam satu video yang tular di media sosial, yang dirakam oleh seorang penumpang lain, Adam Jenne, 38, dilihat bertengkar dengan kakitangan pesawat United Airlines sebelum perjalanan dari Fort Lauderdale ke Washington berlepas.


Baca Juga: RFID Di Semua Plaza Tol Bermula Tahun Depan, Ini Apa Anda Perlu Tahu


Dalam video itu, kakitangan itu kedengaran berkata: “Anda perlu turun dari pesawat. Kami tidak akan membenarkan anda menaiki penerbangan.”

Jenne, yang berasal dari Florida kemudian bertanya: “Mengapa?”, sebelum kakitangan itu menjawab: “Anda tidak mematuhi peraturan pelitup muka.”

Jenne bagaimanapun mendakwa seluar dalam itu berada dalam garis panduan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), sebuah agensi Amerika Syarikat yang mempunyai kuasa terhadap keselamatan pengangkutan awam.

Tambah lelaki itu, dia tetap memakainya walaupun tidak bersetuju dengan peraturan yang mewajibkan penumpang memakai pelitup muka di dalam pesawat.

Menurut laman web United Airlines, pelitup muka seharusnya dapat menutup sepenuhnya mulut dan hidung – dan Jenne mendakwa seluar dalamnya memenuhi panduan itu.

Dia juga mengakui bahawa dia sebelum ini pernah dihalau dari penerbangan Delta Airlines kerana melakukan perkara yang sama.

Jenne menjelaskan, tindakan memakai seluar dalam itu adalah untuk menunjukkan bahawa dia menganggap pemakaian pelitup muka di dalam pesawat adalah tidak masuk akal, kerana penumpang dibenarkan menanggalkannya selepas itu untuk makan dan minum.

Sebahagian penumpang lain yang melihat kejadian itu menunjukkan tanda sokongan mereka kepada Jenne, dengan ada yang turut keluar daripada pesawat sebagai tanda sokongan.

Seorang penumpang berkata: “Adakah dia baru sahaja ditendang keluar kerana memakai pelitup muka. Saya akan keluar dari sini, lupakan saja. Saya akan keluar dari sini.”

Bercakap selepas video itu tular, Jenne mengucapkan terima kasih kepada penumpang lain, sambil berkata: “Terima kasih kepada mereka, kerana mereka melihat satu ketidakadilan, sesuatu yang tidak masuk akal, dan mereka pertahankan.”

United Airlines menegaskan bahawa Jenne tidak mematuhi peraturan dan telah menghantar e-mel kepadanya untuk memberitahu bahawa dia dilarang daripada syarikat penerbangan itu kerana kesnya sedang disemak oleh Jawatankuasa Semakan Insiden Penumpang.

Seorang jurucakap United Airlines berkata: “Pelanggan jelas tidak mematuhi peraturan pelitup muka persekutuan dan kami menghargai bahawa pasukan kami menangani isu itu di lapangan terbang sebelum pesawat berlepas, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan ketika berada di udara”.

Jenne bagaimanapun tetap menegasakan bahawa di berada di pihak yang benar.

Sumber: Mirror
Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!