7 Pakar Cuaca Nyatakan Malaysia Bakal Hadapi Bencana Alam Lebih Kerap );

Type to search

Backpackerz Berita Isu

7 Pakar Cuaca Nyatakan Malaysia Bakal Hadapi Bencana Alam Lebih Kerap

Share
cuaca

Sekumpulan pakar bencana dan cuaca tempatan (7 pakar) berpendapat Malaysia akan terus berdepan situasi bencana alam luar biasa yang lebih kerap pada masa akan datang.

Perkara itu dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad selepas mengadakan sesi libat urus bersama sekumpulan tujuh penyelidik berkenaan, hari ini.

Abd. Latiff berkata, penyelidik tempatan itu juga meramalkan bencana alam mungkin akan berlaku di kawasan yang langsung tidak dijangka.

BACA JUGA: Bencana Alam Terjadi Ketika Sedang Mengembara? Ini Apa yang Anda Harus Lakukan

“Kita tidak mungkin akan menikmati suasana yang aman daripada bencana alam pada masa depan.

Abd. Latiff bercakap pada sidang akhbar berhubung perkembangan terkini bencana banjir di Menara Usahawan, 29 Dis 2021. / Foto: Faisol Mustafa

“Jika dahulu, bencana alam mungkin berlaku sekali sekala namun, kini ia lebih kerap dan turut melanda kawasan yang tidak difikirkan boleh berlaku bencana,” katanya pada sidang akhbar perkembangan banjir. 

Katanya, tiada siapa boleh bayangkan daerah Jelebu, Negeri Sembilan yang paling kering itu pun boleh dilanda banjir luar biasa.

Abd. Latiff berkata, beliau menerima pelbagai cadangan, maklum balas dan penambahbaikan perlu daripada pakar dan penyelidik itu untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri kelak.

“Kertas cadangan itu akan saya bentangkan pada mesyuarat Kabinet pertama tahun depan yang dijadualkan pada 12 Januari 2022.

“Saya harap kerajaan dapat terima cadangan mereka dgn terbuka kerana mereka turut berada di lapangan dan lokasi bencana,” katanya.

Dalam pada itu, Abd. Latiff berkata, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi mendapatkan info cuaca terkini.

[Sumber: MetMalaysia]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!