Syarikat 'Paramount Pictures' Bakal Bina Taman Tema Terbesar Asia Tenggara Di Bali );

Type to search

Backpackerz Berita

Syarikat ‘Paramount Pictures’ Bakal Bina Taman Tema Terbesar Asia Tenggara Di Bali

Share
paramount

Bali merupakan antara destinasi pelancongan utama di Indonesia dan ianya amat dikenali di serata dunia.

Tidak cukup dengan itu, Bali dikatakan bakal mempunyai sebuah lagi tarikan apabila syarikat produksi filem antarabangsa, Paramount Pictures akan membina sebuah taman tema baru di sini.

Difahamkan, taman tema yang bakal dibina merupakan yang terbesar di Asia Tenggara!

Wahh menarik ni guys..

paramount

Paramount Pictures merupakan sebahagian daripada anak syarikat Viacom CBS, yang merupakan pemilik bahagian pasaran TV terbesar di Amerika Syarikat.

Selain memiliki Nickelodeon, ia juga telah menerbitkan beberapa filem lain seperti Mission Impossible, Top Gun, Star Trek, dan The Godfather.

paramount

Menurut laporan media yang disiarkan oleh Majlis Perundingan Rakyat (MPR), Speaker Bambang Soesatyo mengatakan bahawa pembinaan ini akan membantu meningkatkan lagi ekonomi di Bali sebaik pulihnya dari wabak COVID-19.

“Penubuhan taman tema Paramount ini akan memperkuat posisi Bali sebagai pusat rekreasi dan hiburan di mata dunia,” katanya. 

Taman tema berkenaan akan dibina di daerah Pekutatan, Jembrana dan dijadualkan mula beroperasi pada tahun 2025.

paramount

Semestinya ia merupakan satu khabar gembira buat penduduk di Bali dan pengunjung diseluruh dunia bakal menyaksikan sebuah lagi tarikan yang hebat akan terbina di Bali.

Buat anda yang gemarkan aktiviti ekstrem, boleh la bercuti di Bali selepas PKP nanti.

Selesai bermain di taman tema, boleh layan pemandangan sunset pulak… Fuhh memang layan!

 

Sumber: coconuts

 

Baca: (Video) Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali Mula Sesak Dengan Kehadiran Pelancong Tempatan
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!