Sekumpulan Pelancong Sanggup Jadi Gelandangan Kerana Ingin Berjimat );

Type to search

Backpackerz Berita Isu

Sekumpulan Pelancong Sanggup Jadi Gelandangan Kerana Ingin Berjimat

Share
gelandangan

Sekumpulan pelancong di Britain dikatakan berpura-pura menjadi gelandangan supaya boleh memacak khemah di luar kawasan pelancongan kerana enggan membayar kos penginapan hotel.

Menerusi laporan Yahoo News, mereka cuba mengelak membayar kos penginapan yang tinggi itu ketika berada di pantai Torquay, Devon, England.

BACA: Ireland Bakal Buka Sempadan Buat Pelancong Antarabangsa

Penduduk setempat berasa marah kerana pengunjung tersebut menggunakan kawasan yang sepatutnya digunakan oleh gelandangan hanya semata-mata kerana mahu mengurangkan kos percutian mereka.

Lokasi popular di Torquay, Devon yang dipenuhi khemah pelancong yang enggan membayar kos penginapan. - SWNS

Percutian dalam negara meningkat selepas pandemik, menjadikan kos penginapan di lokasi popular semakin mahal.

Hujung minggu lalu, sekurang-kurangnya tujuh buah khemah dilihat di kawasan tersebut dengan pelancong memasak makanan menggunakan dapur gas.

Torquay di Devon biasanya dikenali sebagai English Riviera. - SWNS

“Ini merupakan isu di mana pelancong mendapatkan percutian percuma daripada wang pembayar cukai di Torbay. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata Ketua Perkongsian Komuniti Cockington, Chelston & Livermead, Roger Carter.

Situasi tersebut bagaimanapun mendapat reaksi positif daripada beberapa penduduk tempatan yang mendakwa ia bukan satu kesalahan.

“Apa salahnya? Pelancong itu bukan datang ke sini untuk membeli rumah kedua. Mungkin mereka tidak sanggup membayar wang kepada tapak perkhemahan yang ‘cekik darah’,” kata seorang penduduk tempatan, Christine Lillicrap.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!