7 Pelancong Maut, 3 Lagi Hilang Dalam Insiden Cenuram Runtuh Timpa Bot );

Type to search

Backpackerz Berita

7 Pelancong Maut, 3 Lagi Hilang Dalam Insiden Cenuram Runtuh Timpa Bot

Share
pelancong

Tular satu video sebuah batu besar runtuh menimpa beberapa bot pelancong di Minas Gerais di Brazil, pada Sabtu, semalam.

Dalam video dikongsi di rangkaian media sosial, terdapat rakaman detik tepat apabila cenuram itu jatuh ke atas tiga bot berkenaan yang mencetuskan panik dalam kalangan penumpang yang menyaksikan kejadian itu dari bot lain.

Satu lagi video di media sosial menunjukkan detik beberapa minit sebelum cenuram itu runtuh, yang mana beberapa orang memberi amaran terdapat banyak batu yang jatuh dan menjerit kepada penumpang bot lain supaya menjauhi dinding tasik berkenaan.


BACA JUGA: Staf Pusat Pelancongan Lemas Semasa Hendak Selamatkan Pelancong 

BACA JUGA: Pelancong Malaysia Lemas Ketika Snorkeling di Krabi, Thailand


Menerusi laporan CNN, tujuh orang maut manakala tiga mangsa lagi masih hilang tetapi usaha menyelamat dihentikan pada lewat Sabtu berikutan ‘kurang pencahayaan semula jadi’ di Tasik Furnas di Capitólio.

Jurucakap Jabatan Bomba Minas Gerais, Pedro Aihara berkata, operasi mencari disambung semula pada Ahad pukul 5 pagi waktu tempatan.

Aihara berkata, sekurang-kurangnya 32 orang cedera dengan sembilan daripadanya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Menurutnya, hujan lebat dalam beberapa hari kebelakangan ini di tenggara Brazil mungkin antara faktor berlakunya runtuhan itu.

Tambah beliau, usaha menyelamat akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga Isnin.

Jelasnya, situasi seperti mangsa terperangkap di bawah batu kemungkinan memanjangkan tempoh operasi tersebut.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, berkata Tentera Laut mengerahkan pasukan bantuan untuk menyertai usaha mencari dan menyelamat.

[Sumber: CNN]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!