Bakal Perkasa Pelancongan Berasaskan Komuniti, Tourism Selangor Timba Pengalaman Baru Di Bangkok Verst BackpackerzBakal Perkasa Pelancongan Berasaskan Komuniti, Tourism Selangor Timba Pengalaman Baru Di Bangkok );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Editor

Bakal Perkasa Pelancongan Berasaskan Komuniti, Tourism Selangor Timba Pengalaman Baru Di Bangkok

Share
pelancongan berasaskan komuniti
  • Pelancongan berasaskan komuniti dapat mempromosikan aktiviti harian penduduk tempatan terutama adat, budaya, tradisi & makanan tempatan.
  • Tourism Selangor mula mengatur langkah serta inisiatif untuk mengangkat community based tourism dalam negeri.
  • Experiential tourism adalah konsep pelancongan yang memberikan pengalaman menarik kepada pelancong & semakin popular di dunia khususnya Thailand, Indonesia & Jepun.

Bagi mempromosikan Experiential Tourism di negeri Darul Ehsan, kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan sebuah lawatan di Bangkok bersama Hos Komuniti Setempat Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Lawatan ini telah dianjurkan oleh Tourism Selangor, iaitu agensi promosi pelancongan rasmi negeri Selangor. Dengan sokongan daripada Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) serta pejabat Tourism Malaysia di Bangkok, lawatan tersebut telah berlangsung selama enam hari, dari 28 September hingga 3 Oktober 2022.

Lawatan tersebut telah diketuai oleh Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor serta Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor.

pelancongan berasaskan komuniti
pelancongan berasaskan komuniti

Program ini telah mempamerkan pelbagai siri Pelancongan Berasaskan Komuniti di Bangkok seperti yang disyorkan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand.

Ini termasuk Float House River Kwai Resort, Nang Loeng, Hua Takhe dan Pasar Chatuchak.

Menurut Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, negeri Selangor telah terlibat secara aktif dalam program ini kerana pelancongan berasaskan Komuniti dapat memastikan pemain utama industri pelancongan dan komuniti saling menyokong antara satu sama lain.

Tourism Selangor telah mengorak sebuah lagi langkah bagi memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan rangkaian dan jalinan antara pelbagai sektor pelancongan.

Enam Pihak Berkuasa Tempatan—Majlis Perbandaran Klang, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat, dan Majlis Perbandaran Kajang telah bekerjasama dalam program ini bagi menyokong Hos Komuniti Setempat Selangor. Usaha ini turut disokong oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Lawatan Pelancongan Berasaskan Komuniti Selangor di Bangkok diadakan bagi memperbaharui industri pelancongan Selangor serta menambah baik beberapa kawasan tumpuan pelancongan yang ikonik di negeri ini.

Beberapa lokasi tumpuan pelancongan ini termasuk Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Sawah Padi Sekinchan di Sabak Bernam, Kelip-kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor, Bandar Diraja Klang, Pusat Warisan Kajang serta Perkampungan Budaya Mah Meri di Kuala Langat.

Selangor mempunyai kelebihan daripada segi akses di laut, darat, udara dan membolehkan negeri tersebut menarik lebih 10.2 juta pengunjung bagi tahun 2021.

Ini akan dipertingkatkan lagi dengan pelaksanaan Pelancongan Berasaskan Komuniti di samping memastikan produk pelancongan yang ditawarkan di Selangor mampu berdaya saing, inovatif dan mengikut trend serta permintaan semasa.

pelancongan berasaskan komuniti
pelancongan berasaskan komuniti

Hubungan dua hala serta beberapa program yang diuruskan bersama dengan negara lain seperti Hos Komuniti Setempat Selangor akan dapat memperhebatkan lagi daya tarikan pelancong antarabangsa untuk bercuti di Selangor.

Usaha tersebut akan dapat menyumbang secara langsung ke arah kempen Splendid Selangor, Take Me Anywhere! yang merupakan kempen pemasaran pelancongan global oleh Tourism Selangor.

Kempen ini bertujuan bagi menjadikan negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti terkemuka serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara luar yang berminat.

Penulis merasakan ini masa terbaik untuk memperkasakan pelancongan berasaskan komuniti bagi mempelbagaikan tarikan produk sedia ada yang mampu menjana pendapatan serta menyemai budaya niaga dalam kalangan penduduk luar bandar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://selangor.travel/ atau ikuti kami di laman Twitter, Facebook dan Instagram.

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *