Pelancongan Dunia Hilang 1 Bilion Pelancong Sepanjang Tahun 2020, Rekod Terburuk Dalam Sejarah - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita

Pelancongan Dunia Hilang 1 Bilion Pelancong Sepanjang Tahun 2020, Rekod Terburuk Dalam Sejarah

Share
Pelancongan dunia
  • Pelancongan dunia mengalami pencapaian terburuk yang dicatat pada tahun 2020.
  • Kemasukan pelancong antarabangsa menurun sebanyak 74% menurut data terkini dari World Tourism Organisation (UNWTO).
  • Penularan pandemik terus berkembang menyebabkan banyak negara telah memperkenalkan sekatan perjalanan lebih ketat.

Pelancongan dunia

Sebut sahaja mana-mana destinasi tumpuan atau mainstream di seluruh dunia, kini berubah menjadi bandar hantu (ghost town) gara-gara penutupan pintu sempadan.

Sektor pelancongan dunia mencatatkan kemerosotan kemasukan pengunjung mencecah hampir 1 bilion pada tahun 2020 angkara ‘pukulan’ Covid-19. Pandemik ini menyebabkan sektor tersebut ‘lumpuh’ dan negara-negara terkesan terpaksa melaksanakan perintah berkurung (lockdown) serta sekatan perjalanan.

Hal ini turut meninggalkan impak yang besar terhadap ekonomi di Malaysia, dimana kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) turut dibatalkan.

Pelancongan dunia
Kempen Visit Malaysia 2020 dibatalkan susulan penularan wabak Covid-19

Menurut laporan Barometer Pelancongan Dunia UNWTO, pandemik Covid-19 telah menjadi punca kepada kemerosotan perjalanan antarabangsa dan menyebabkan kerugian pendapatan eksport yang dianggarkan bernilai USD 1.3 trilion – lebih daripada 11 kali kerugian pernah dicatatkan semasa krisis ekonomi global 2009.

Tanpa berselindung lagi, wabak ini telah ‘membunuh’ antara 100 dan 120 juta pekerjaan pelancongan dunia secara senyap, kebanyakannya melibatkan hotel, perusahaan kecil dan sederhana.

Antaranya agensi pelancongan, operator pelancongan, syarikat penerbangan, tempat tarikan, agensi media pelancongan serta banyak lagi.

Revolusi pandemik belum terhenti, setiap hari Malaysia masih mencatatkan penularan kes dan jangkitan tempatan meskipun tiada kemasukan pelancong asing.

Rata-rata semua negara di rantau dunia mengambil pendekatan mengekang penularan wabak dengan melakukan ujian kesan mandatori (swab test), kuarantin wajib, perintah berkurung dan mengekalkan penutupan pintu sempadan.

Pelancongan dunia

Inilah cabaran semasa yang perlu dilawan oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

Penulis masih teringat angka ‘sifar’ kes jangkitan harian yang pernah dikemaskini Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini. 

Pada masa yang sama, penemuan vaksin diharapkan dapat membantu mengembalikan keyakinan orang awam, menyumbang kepada kelonggaran sekatan perjalanan dan secara tidak langsung menormalkan semula corak perjalanan serta segmen pelancongan dalam masa terdekat. 

Sama-sama kita teruskan berdoa agar pandemik ini lenyap di muka bumi. Kekal berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Pelancongan dunia
Suasana lengang di Incheon International Airport
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!