Industri Pelancongan Malaysia Tunjuk Tanda Pemulihan - Shopee );

Type to search

Backpackerz Berita

Industri Pelancongan Malaysia Tunjuk Tanda Pemulihan – Shopee

Farhana Syahirah
Share
shopee

Platform e-dagang Shopee menunjukkan isyarat pemulihan dalam industri pelancongan Malaysia susulan sambutan yang menggalakkan bagi kempen Tourism Malaysia di platform itu.

Katanya, sebanyak 22,000 tawaran ‘Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before’ telah direbut sejak larangan sekatan perjalanan antara daerah diumumkan untuk ditamatkan pada 2 Mac dan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ini amat menggalakkan berbanding 500 transaksi terkumpul yang dibuat antara 11 Jan (apabila PKP 2.0 diumumkan) dan 1 Mac,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Shopee bekerjasama buat kali pertama dengan Tourism Malaysia dalam kempen ini pada Disember dan dilancarkan semula baru-baru ini selepas terhenti selama dua bulan.

Menurutnya, permintaan pelancongan telah mendorong aktiviti bercuti inap dalam kalangan penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Johor yang menyumbang kepada purata sebanyak 75 peratus daripada keseluruhan permintaan tawaran itu di negeri-negeri berkenaan.

shopee
SABAH TEA PLANTATION
shopee
KELONG MEMANCING LUKUT - NEGERI SEMBILAN

Malah, katanya, rakyat Malaysia juga menzahirkan keyakinan bahawa sempadan negeri akan dibuka semula terutamanya dari Sarawak, Terengganu dan Melaka yang memilih tawaran ‘Buy Now, Travel Later’.

Sementara itu, Shopee berkata, berikutan peningkatan kunjungan ke pusat beli-belah, kempen 4.4 ‘Mega Shopping Day’ Shopee akan menawarkan e-baucar sehingga 50 peratus daripada penyewa yang turut serta di Mid Valley Megamall KL dan The Mall, Mid Valley Southkey Johor Bahru.

Turut disenaraikan sebagai destinasi popular ialah Port Dickson, Negeri Sembilan untuk aktiviti seperti memancing, snorkeling dan ‘banana boat ’, manakala aktiviti hotel, pelancongan dan rekreasi di Langkawi, Kedah,

“Kami akan terus memainkan peranan kami untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan pemilik hotel dan pengendali pelancongan menerusi teknologi untuk menyumbang kepada kelestarian industri ini.

“Permintaan yang kukuh ini menunjukkan rakyat Malaysia mahu dan perlu berehat selepas pendekatan untuk duduk di rumah dilanjutkan,” kata Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho.

Sementara itu, Backpackerz dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Tourism Malaysia juga ada menganjurkan peraduan Cuti-cuti Malaysia Travel Wishlist 2021.

Ia untuk menaikkan kembali keyakinan orang ramai untuk melancong dalam negara sekaligus semarakkan lagi sektor pelancongan domestik.

Peraduan yang diadakan dari 17 March 2021 hingga 2 April 2021 ini rata-rata mendapat sambutan baik dari pengikut dan peminat Backpackerz untuk menangi hadiah yang menarik. Untuk makluman lanjut, anda boleh layari di sini.

[Sumber: Bernama]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!