Sektor Pelancongan Terengganu Dibuka Esok! Pulau Redang, Kapas Antara Lokasi Terpilih );

Type to search

Backpackerz Berita

Sektor Pelancongan Terengganu Dibuka Esok! Pulau Redang, Kapas Antara Lokasi Terpilih

Share
redang island terengganu

Terengganu akan membuka semula sektor pelancongannya secara rasmi kepada individu yang sudah lengkap divaksinasi esok, 1 September 2021.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman yang berkata, pembukaan sektor pelancongan itu meliputi pulau peranginan terkemuka seperti Pulau Kapas di Marang, Pulau Redang di Kuala Nerus dan Pulau Tenggol di Dungun, selain Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.

“Sebenarnya, pulau telah dibuka awal bulan ini kepada individu yang lengkap vaksinasi tetapi aktiviti seperti ‘snorkeling’ dan ‘diving’ tidak dibenarkan, jadi ramai pengusaha memilih untuk tidak beroperasi.

“Justeru bermula 1 September ini, aktiviti berkenaan akan dibenarkan semula, namun penggiat dan pelancong perlu mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Menurut Ariffin, buat masa ini hanya pelancong dalam negeri yang sudah lengkap vaksinasi sahaja yang dibenarkan, dan pemilik premis perlu mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mencegah penularan Covid-19.

Selaras kebenaran pembukaan semula sektor pelancongan di negeri ini, katanya, inap desa dan hotel turut dibenarkan untuk beroperasi semula.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan zoo, muzium, taman tema dan galeri seni masih belum dibenarkan beroperasi.

Tambahnya, Pulau Perhentian juga masih ditutup berikutan terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan penduduk pulau itu, sejak minggu lalu. terengganu

Sumber: Bernama
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!