Thailand Isytihar Pembukaan Semula Pantai Hua Hin Buat Pelancong Bermula Oktober Ini );

Type to search

Asean Backpackerz Berita

Thailand Isytihar Pembukaan Semula Pantai Hua Hin Buat Pelancong Bermula Oktober Ini

Share
Hua

Berikutan kejayaan program ‘Phuket Sandbox’ tempoh hari, industri pelancongan Thailand kian rancak semula apabila berjaya mencatatkan jumlah kehadiran pelancong yang ramai dari dalam dan luar negara.

Bagi meningkatkan lagi aktiviti dan sektor pelancongan, kerajaan Thailand mengesahkan sebuah lagi pusat peranginan iaitu pantai Hua Hin akan dibuka bermula 1 Oktober ini.

Rancangan pembukaan semula itu diumumkan oleh gabenor provinsi Thailand, Prompiriya Kitnuson.

Hua

Menurut beliau, pantai itu akan dibuka semula di bawah slogan ‘Hua Hin Recharge’ yang membolehkan pelancong hadir tanpa sebarang perintah kuarantin di sini.

Keutamaan vaksin akan diberikan 100% buat pekerja di sektor pelancongan dan 70% penduduk di Kota Hua Hin. Program vaksinasi tersebut akan berjalan pada 30 September ini.

Hua

Difahamkan, pihak berkuasa Hua Hin telah memesan sebanyak 50,000 dos vaksin Sinopharm untuk penduduk di kawasan itu.

Pendapatan Hua Hin dijangka akan meningkat kepada 1 hingga 2 miliar baht sebaik sahaja ianya dibuka semula dan sekitar 89,000 orang akan kembali bekerja.

Berikutan itu, ianya diharap dapat membantu menaikkan semula ekonomi masyarakat di sana dan sekaligus membendung masalah pengangguran di zaman COVID-19 ini.

Hua

Satu usaha yang baik dijalankan oleh kerajaan Thailand dan sama-sama la kita berdoa agar wabak ini segera pulih di muka bumi ini.

Kalau dah pulih semuanya nanti, boleh la mula melancong semula!

 

Sumber: bangkokpost

 

Baca: Thailand Rancang Buka 4 Destinasi Popular Lain Selepas Kejayaan ‘Phuket Sandbox’
Tags:

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!