Pembukaan Semula Taska Akan Dipertimbangkan Mengikut Penilaian Risiko KKM - Verst Adamedia );

Type to search

Pembukaan Semula Taska Akan Dipertimbangkan Mengikut Penilaian Risiko KKM

Adamedia Berita Isu

Pembukaan Semula Taska Akan Dipertimbangkan Mengikut Penilaian Risiko KKM

Avatar
Share

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang melakukan penilaian risiko sebelum membuat keputusan untuk membuka kembali taman asuhan kanak-kanak (taska) yang dipaksa tutup akibat gelombang ketiga Covid-19.

children sitting near table inside room

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob, beliau berkata bahawa keputusan pembukaan semula taska adalah berdasarkan keputusan penilaian risiko sama ada ia selamat atau masih perlu ditutup demi keselamatan kanak-kanak dan para guru.

“Penilaian ini dilakukan dengan lebih teliti demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua yang terlibat dan pihak kerajaan juga berasa kesal dan sedih jika berlaku sesuatu seandainya penialain tersebut dilakukan tanpa pengawasan yang sepatutnya,” tambahnya lagi.

Penutupan taska ini menyusahkan beberapa pihak terutama ibu bapa dan para guru. Hal ini kerana, ibu bapa terpaksa memerah otak dan keringat memikirkan siapa hendak menjaga anak mereka ketika mereka sedang kerja.

Para guru juga terkesan kerana mereka terpaksa mengajar pelajar mereka menggunakan platform yang lain dan ia amat mencabar bagi mereka kerana kanak-kanak tersebut masih kurang faham. Tidak dilupa juga akan masalah kewangan di mana mereka mengharapkan sumber kewangan dari pihak ibu bapa untuk membayar sewa dan gaji.

Perkara ini akan diteliti denagn sedalamnya supaya banyak pihak berpuas hati dan tiada masalah akan timbul di kemudian hari.

Sumber: MalaysiaGazette

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!