Penduduk Selangor Sekali Lagi Terpaksa Berdepan Masalah Tiada Air );

Type to search

Adamedia Berita

Penduduk Selangor Berdepan Masalah Gangguan Bekalan Air Sekali Lagi

Avatar
Share

Masalah gangguan bekalan air di Selangor bukanlah satu masalah yang baru tetapi semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. 

Terbaru, ketiadaan bekalan air tidak berjadual menyebabkan 7 wilayah menghadapi gangguan yang disyaki akibat perbuatan sabotaj pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan sidang media Air Selangor, mereka menjelaskan bahawa terdapat pencemaran bau seakan pelarut di dalam Sungai Selangor.

Menurut Ahli Majlis Eksekutif Selangor (EXCO), Hee Loy Sian, beliau mengatakan bahawa bahawa punca pencemaran tersebut datang dari Indah Water yang terletak di Taman Velox dan berdasarkan siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar 7 pagi dan 10 pagi tadi.

Usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan flushing bagi membersihkan kembali air di Sungai Selangor telah dilakukan dan terpaksa menutup semua bekalan air di kawsan Selangor bermula 6 petang hari ini.

Pihak Air Selangor sedar bahawa tindakan mereka ini akan memberi keresahan kepada warga Selangor memandangkan sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan negeri Selangor dan peningkatan kes Covid-19.

Mereka juga akan memberi notis dan maklumat mengenai bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi kesemua medium sosial media  Air Selangor dan laman sesawang mereka.

Sumber: Facebok Air Selangor

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!