Pengumuman Rentas Negeri Akan Dibuat Jika 90% Rakyat Sudah Cukup Vaksin - PM );

Type to search

Backpackerz Berita

Pengumuman Rentas Negeri Akan Dibuat Jika 90% Rakyat Sudah Cukup Vaksin – PM

Share
pengumuman

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kepada orang ramai bahawa akan ada pengumuman segera mengenai kebenaran perjalanan rentas negeri apabila 90% populasi dewasa di negara ini diberi vaksin sepenuhnya.

Menerusia laporan dari The Star, Ismail Sabri berkata, kesan daripada perintah kawalan pergerakan memberi kesan besar kepada sektor pelancongan.

PM juga berkata selagi perjalanan antara negeri tidak dibenarkan, selagi itu sektor pelancongan tidak dapat dimulakan.

BACA JUGA: 5 Perkara Bakal Berlaku Selepas Pengumuman Rentas Negeri Dibenarkan

“Saya percaya yang ramai orang mahu ‘balik kampung’. Ada sebilangan rakyat yang tidak berjumpa ibu bapa mereka lebih dari satu tahun. Ada juga ibu bapa mereka yang tidak sihat. Saya faham kerana ketika arwah ibu saya masih hidup, jika saya tidak pulang selama satu atau dua minggu, dia akan menangis ketika memanggil saya.

“Jadi, saya tahu ada ramai orang yang mengalami situasi yang lebih kurang sama dengan saya pada waktu dahulu,” katanya.

PM juga beri jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa pergerakan tidak akan disekat selamanya.

“Saya percaya bahawa waktu untuk perjalanan antara negara semakin dekat. Saya akan segera buat pengumuman bahawa perjalanan ke negara orang dibenarkan apabila kadar vaksinasi mencapai 90%,” katanya.

Ismail Sabri menjelaskan alasan untuk mengubah kadar vaksinasi dari 80% menjadi 90%.

Gambar hiasan/ ©SeniMAN.

Dia mengatakan bahawa ketika kadar vaksinasi hanya pada 80%, ada negeri lain yang memiliki kadar vaksinasi lebih rendah.

Oleh itu, dia mengatakan bahawa dia tidak mahu negeri-negeri lain ketinggalan.

“Saya percaya apabila mencapai 90%, setiap negeri akan mempunyai kadar vaksinasi lebih dari 80%,” katanya.

Ismail Sabri juga mengatakan MyTravelPass tidak akan digunakan lagi dan rakyat Malaysia akan dibenarkan melakukan perjalanan dengan bebas tanpa perlu mengemukakan pas setelah kadar vaksinasi 90% dicapai.

[Sumber: The Star]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!