Pengunjung Maut Terjatuh Dari Roda Ferris 'Fun Fair' );

Type to search

Backpackerz Berita

Pengunjung Maut Terjatuh Dari Roda Ferris ‘Fun Fair’

Share
roda ferris

Seorang daripada dua pengunjung di sebuah tapak pesta ria atau ‘fun fair’ berhampiran Aeon Jusco Cheras Selatan, dekat sini maut selepas dipercayai terjatuh dari roda ferris tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.05 malam itu, pihak polis menerima panggilan daripada seorang pekerja tapak pesta ria itu memaklumkan kejadian berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Nasir Drahman berkata, saksi memaklumkan terdapat dua lelaki tempatan yang juga pengunjung telah terjatuh dari roda ferris di lokasi.

BACA JUGA: Dua Pengunjung Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh di Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh

“Salah seorang mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kajang di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa cedera berusia 30-an telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku di dalam kejadian roda ferris tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohd.Nasir, siasatan masih dijalankan bagi menyiasat punca sebenar kejadian sama ada terdapat kecuaian daripada pihak tapak pesta ria ataupun daripada mangsa sendiri.

“Kita telah membuka kertas siasatan dan telah mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut.

“Mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat bagi mengetahui punca kematian,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.

[Sumber: Utusan Malaysia, Polis Daerah Kajang]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!