Penjara Tahun 1930 Akan Diubah Suai Menjadi Salah Satu Tarikan Pelancong Di Itali );

Type to search

Adventure Backpackerz Berita

Penjara Tahun 1930 Akan Diubah Suai Menjadi Salah Satu Tarikan Pelancong Di Itali

Share
penjara

Dahulu hanya dibina sebagai penjara di Itali, kini siapa sangka ia bakal bertukar angin menjadi tempat pelancongan besar yang serupa dengan Alcatraz di Amerika Syarikat.

Bukan sekadar penjara, ia merupakan sebuah penjara yang sudah lama terbengkalai dan menyeramkan.

Sejarah penjara di Santo Stefano

Selama berabad-abad, penjenayah, penyamun, anarkis dan pembangkang politik dihantar ke sini untuk menjalani hukuman mereka.

Penjara yang terletak di Santo Stefano ini merupakan salah satu tempat paling ‘gelap’ untuk mengirim mereka yang dianggap musuh negara oleh pemerintah Fasis pada tahun 1930-an dan 1940-an.

penjara

Penjara ini terletak di pulau Santo Stefano. Kredit: Alamy

Santo Stefano adalah sebuah pulau kecil antara Rom dan Napoli, di mana ia hanya dapat diakses oleh penyelam skuba dan mereka yang bekerja di kapal nelayan, tanpa dok utama untuk pelancong, dan dikelilingi oleh batu dan bangkai kapal dari Perang Dunia II. Struktur ini akhirnya ditutup sepenuhnya pada tahun 1965.

penjara

Penjara ini ditutup pada tahun 1965. Kredit: Alamy

Walaupun terdapat beberapa lawatan ke pulau tersebut, lokasi terpencil ini menimbulkan masalah bagi pelancong yang ingin berkunjung.

Hal ini kerana pulau ini tidak mempunyai laluan dok utama yang menjadikan perjalanan ke sana selama 40 minit dan hanya dapat dilakukan ketika laut tidak bergelora.

Masa Depan Santo Stefano

Masa berganti masa, kini kerajaan Itali berharap projek yang menelan sebanyak 70 juta euro (RM344 juta) akan memberi kehidupan baru kepada Santo Stefano, mengubahnya menjadi muzium terbuka dan tempat pelancongan seperti di Alcatraz, San Francisco, AS.

Silvia Costa, pesuruhjaya pemerintah yang bertanggungjawab atas pembangunan semula ini, memberitahu CNN bahawa tujuannya adalah untuk memulihkan semua bahagian koloni penjara dari kawasan bangunan sehinggalah ke perairan asal.

Apa yang bakal ada di Santo Stefano pada tahun 2025?

Menurut ‘dalangnya’, Costa memaklumkan bahawa transformasi Santo Stefano akan merangkumi penciptaan ‘muzium terbuka multimedia’ dengan pameran berjalan kaki di penjara.

Muzium ini akan menceritakan mengenai sejarah penjara dan tahanan di antaranya Sandro Pertini seorang presiden Itali pada tahun 1978 dan Altiero Spinelli, dianggap sebagai salah satu bapa kepada pengasas Kesatuan Eropah.

Selain itu, pembinaan ateri artistik, pusat akademik dan seminar tentang Kesatuan Eropah juga termasuk dalam rancangan perubahan Santo Stefano.

Bagi rumah pengarah penjara terdahulu dan bilik persalinan dimana tahanan akan mencuci selepas perlawanan bola pula akan diubah menjadi tempat penginapan dengan kira-kira 30 bilik asrama.

Rancangan lain termasuklah dengan mengubah bangunan berbentuk pameran kuda menjadi seperti ruang persembahan dan acara.

penjara

Ruang acara persembahan yang besar. Kredit: Alamy

 

penjara

Bar koktel dengan pemandangan Gunung Vesuvius akan dibina disini. Kredit: Alamy

Menjelang tahun 2025, mereka juga berharap dapat membuka bar koktel dengan pemandangan Gunung Vesuvius bagi menggantikan kedai roti dimana dahulu merupakan tempat tahanan membuat roti setiap hari.

Kebun tahanan terdahulu pula akan ditanam semula dengan bunga dan tanaman yang pernah tumbuh di sana. 

Costa berkata pulau ini perlu menerima pengunjung sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan-bulan sesak seperti musim panas.

“Pelancongan mesti berterusan, tetapi Santo Stefano akan lebih dari itu.

“Sebab itu kami mahu jadikan Santo Stefano menjadi pusat akademik dunia yang bersatu dalam isu-isu utama seperti dasar hijau, hak asasi manusia, kebebasan bersuara, kewarganegaraan Eropah dan dialog Mediterranean,” tegas Costa.

penjara

Kredit: CNN

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!