“Percutian Menjijikkan” Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Akibat Resort Terkemuka Yang Diduduki Terlampau Kotor );

Type to search

Backpackerz Berita

“Percutian Menjijikkan” Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Akibat Resort Terkemuka Yang Diduduki Terlampau Kotor

Share
resort

Sebuah percutian yang sempurna bukan sahaja bergantung pada lokasi dan aktiviti yang dijalankan, malah tahap keselesaan dan kebersihan penginapan tempat tinggal juga menjadi keutamaan.

Namun begitu, luahan gadis bernama Rania Adira di laman media sosial mencuri tumpuan warganet apabila beliau tampil menceritakan pengalaman percutiannya yang bertukar jadi mimpi ngeri di sebuah resort terkemuka di Terengganu.

Rania Adira yang menginap di hotel berkenaan selama lima hari empat malam bersama keluarganya berkata, mungkin nasib tidak menyebelahinya ketika itu.

resort

“Daftar masuk pukul 3 petang, tapi kami sampai awal 2.30 petang. Terpaksa menunggu sehingga pukul 3 petang. Staff kata tak boleh masuk awal, jadi kami menunggulah di situ. Jam 3 petang, masih tak boleh daftar masuk sebab bilik belum siap disediakan katanya. Jam 3.30 petang pun masih sama sehinggalah jam 4 petang barulah kami dibenarkan daftar masuk,” katanya.

Selesai mendaftar, masalah lain pula timbul. Difahamkan, beliau telahpun membuat tempahan katil bersaiz besar (king). Tetapi di hari kejadian, beliau hanya diberikan sebuah bilik dengan dua katil bujang. Hal itu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa tidur dalam keadaan berhimpit.

Selain itu, tahap kebersihan tandas dan keadaan bilik yang diberikan juga kelihatan seperti tidak diurus dengan baik.

resort

resort

“Aircond sekejap sejuk, sekejap panas. Kalau siang hari, saya siap berpeluh lagi. Tak rasa aircond, terasa bahang dalam bilik. Tangga ke bilik retak, hanya menunggu masa untuk terbelah dua. Bila dipijak, tangga bergoyang-goyang. Di sebelah pagi, siap ada najis kucing di tangga.

resort

“Toilet dia perghh! Kotor, lumut hitam berdaki di dinding. Rak sinki pun buruk dan lebur. Yang lebih kecewa, buka pili air nak mandi. Tak sampai beberapa saat, air dah bertakung. Jamban pun kena flush banyak kali.

“Kerusi meja untuk lepak-lepak di beranda pun tak ada. Bila call tanya, katanya tak boleh hantar sebab tak cukup. Sarang labah-labah pula terlekat elok di dinding siling. Tergoyang-goyang kena kipas,” katanya.

resort

Tular di media sosial berikutan luahan wanita berkenaan, pihak Duyong Marina dan Resort (DMR) tampil memberi penjelasan melalui Facebook rasmi pihaknya.

Menurut DMR, aduan tersebut adalah kes terpencil yang pihaknya terima selepas tempahan bilik dibuka kepada orang ramai. Jelasnya, kakitangan hotel telah memastikan keadaan bilik berada pada tahap yang memuaskan sebelum membenarkan pelangan seterusnya masuk ke bilik penginapan.

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pihak Duyong Marina Resort melalui laman media sosial rasmi resort berkenaan berikutan aduan yang diterima.

resort

Diharap segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan buat anda yang sedang merancang percutian, jangan pernah serik untuk ke Duyong Marina Resort ye.

Penulis yakin pihak DMR pasti akan mengambilnya sebagai satu pengajaran dan penambahbaikan akan dilakukan pada masa akan datang.

 

[Sumber: thereporter, Rania Adira, Duyong Marina Resort]

 

Baca Juga: Hati-Hati! Ini Senarai Tempat Berbahaya, Selalu Berlaku Mati Lemas

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel anda pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!