Pertama Kali Pesawat Airbus A340 Mendarat Di Antartika );

Type to search

Backpackerz Berita Isu Isu

Pertama Kali Pesawat Airbus A340 Mendarat Di Antartika

Share

Buat pertama kalinya, sebuah pesawat Airbus A340 mendarat di Antartika.

Sebuah syarikat penerbangan butik (boutique aviation company), Hi Fly 801 berlepas dari Cape Town, Afrika Selatan pada Selasa, 2 November 2021.

Pesawat tersebut di bawah Wolf’s Fang, White Dessert Antartica adalah sebuah kem resort baru di benua paling selatan di dunia.

BACA JUGA: Manusia Dijangka Bakal Memasarkan Iklan Ruang Angkasa Pada Tahun 2022

Hi Fly juga membawa bekalan dan keperluan resort tersebut untuk pelancongan mewah itu.

Krew Hi Fly 801 diketui oleh Kapten Carlos Mirpuri yang juga memegang jawatan sebagai Vice President Hi Fly.

Penerbangan dari Cape Town ke Antartika mengambil masa selama lima ke lima jam setengah dan krew penerbangan berada di Antartika kurang daripada tiga jam yang meliputi 2,500 batu nautika.

Bagaimanapun, kawasan mendarat pesawat milik Wolf’s Fang ditetapkan sebagai lapangan terbang tahap C walaupun secara teknikalnya hanya krew tertentu sahaja yang boleh mendarat di sana kerana keadaan cuaca yang mencabar.

‘Semakin sejuk cuaca, semakin baik kerana mudah untuk berhentikan pesawat tetapi keadaan tersebut boleh mengganggu pandangan kerana silau dan pantulan dari luar kepada cermin mata,’ kata Kapten Carlos Mirpuri.

[SUMBER: CNN]

Penerbangan pertama ke Antartika yang telah direkodkan pada tahun 1928, pesawat monoplane Lockhead Vega 1 yang dikendalikan oleh George Hubert Wilkins.

George Hubert Wilkins adalah seorang juruterbang dan penjelajah tentera Australia. Beliau berlepas dari Pulau Deception di Kepulauan Shetland Selatan.

Penerokaan singkat ini mambantu memberikan maklumat penting ke pada peta dunia mengenai topografi Antartika dan terdapat 50 pendaratan yang terlah dibuat di benua tersebut walaupun tiada lapangan terbang rasmi.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!