Peta Covid 19 Bantu Lihat Syarat Pelancongan Setiap Negara

Type to search

Backpackerz Berita

Peta Covid 19 – Bantu Anda Lihat Syarat Pelancongan Di Setiap Negara

Share
covid

Wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia sejak tahun lepas masih lagi belum pulih dan meninggalkan kesan kepada sektor pelancongan dunia.

Namun begitu, di sesetengah negara wabak ini sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan kadar penurunan kes jangkitan Covid yang semakin pulih.

Beberapa negara dilihat sudah mula membuka pintu sempadan untuk merancakkan kembali sektor pelancongan dan sekaligus menambah pendapatan ekonomi negara.

Siapa je yang tak mahu melancong kan? Maklumlah, dah lama terperangkap di rumah… fikiran pun boleh bercelaru dan tekanan kerja di rumah memang sukar untuk dikawal.

Ya memang benar keadaan dunia ketika ini sudah mula stabil tapi jangan lupa Covid masih ada!

Setiap negara kini mempunyai syarat dan tetapan yang perlu dipatuhi sebelum menerima pelancong.

Orang ramai kini boleh periksa maklumat semasa berkaitan pelancongan di setiap negara melalui peta interaktif Covid 19.

covid

Tekan pautan ini untuk ketahui lebih lanjut iatatravelcentre

Peta ini merupakan sesuatu yang sangat berguna terutamanya buat kaki travel di luar sana. Setiap maklumat akan sentiasa dikemas kini bagi memastikan pengguna menerima informasi yang terkini.

Senang la nak bercuti ke luar negara zaman Covid ni, tekan je dekat peta negara boleh tahu syarat kemasukan dan sekatan yang ditetapkan.

Tapi kena la tunggu pintu sempadan negara kita dibuka dulu ye!

 

Sumber: travelweekly.com

Tags:

You Might also Like

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!