Phuket Sandbox 7+7, Pelancong Thailand Kini Boleh Berkunjung Ke 9 Buah Pusat Peranginan );

Type to search

Asean Backpackerz Berita

Phuket Sandbox 7+7, Pelancong Thailand Kini Boleh Berkunjung Ke 9 Buah Pusat Peranginan

Share

Kejayaan rancangan Phuket Sandbox pada bulan Jun lalu dilihat telah memberi impak positif pada sektor pelancongan Thailand.

Namun begitu, penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Phuket telah menyebabkan pusat peranginan itu terpaksa ditutup seketika pada bulan lalu.

Melihatkan keadaan yang semakin pulih ketika ini, Thailand sekali lagi tampil dengan rancangan percutian yang menarik iaitu Phuket Sandbox 7+7.

7+7

Phuket Sandbox 7+7 membolehkan pelancong di Phuket yang telah divaksinasi sepenuhnya untuk menetap di pulau peranginan selama tujuh hari pertama dan melakukan perjalanan ke tiga wilayah lain di selatan Thailand selama tujuh hari lagi.

Sembilan destinasi pelancongan yang boleh dikunjungi pada minggu kedua adalah Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao di Surat Thani, Khao Lak, Koh Yao Yai dan Koh Yao Noi di Phang Nga, Koh Phi Phi, Pantai Railay, dan Koh Ngai di Krabi.

7+7

Mula berkuatkuasa pada 17 Ogos, pelancong di Phuket sekali lagi bakal diberi peluang untuk berkunjung ke lokasi-lokasi percutian menarik di Thailand.

Menurut timbalan jurucakap Kementerian Luar Negeri Natapanu Nopakun, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) pada hari Isnin telah meluluskan cadangan Phuket Sandbox 7 + 7 berkenaan.

7+7

“Lanjutan ini membolehkan pelancong yang mengikuti program ini tinggal di Phuket selama tujuh hari pertama dan setelah menerima Borang Transfer dari pihak berkuasa, mereka dapat melakukan perjalanan ke destinasi pelancongan lain di wilayah selatan Thailand.

“Bahagian penyambungan akan dibenarkan untuk pelancong di laluan tertutup dan hanya dengan kenderaan tertentu,” katanya.

7+7

Satu usaha yang baik ditunjukkan oleh kerajaan Thailand bagi merancakkan sektor pelancongan di negara berkenaan.

Sabar ye semua… penulis yakin tak lama lagi kita juga pasti boleh mula melancong. Buat masa sekarang, jangan lupa jaga SOP!

 

[Sumber]: coconut

 

Baca: Thailand Isytihar Pembukaan Semula Pantai Hua Hin Buat Pelancong Bermula Oktober Ini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!