Phuket Buat Program Vaksinasi, Lindungi Penduduk Tempatan Daripada 'Kluster' Pelancong Asing );

Type to search

Backpackerz Berita

Phuket Buat Program Vaksinasi, Lindungi Penduduk Tempatan Daripada ‘Kluster’ Pelancong Asing

Share
buka phuket sandbox

Di Thailand, sektor pelancongan paling utama telah mengorak langkah ke arah program vaksinasi COVID-19, dengan tumpuan pada pulau-pulau peranginan popular.

Antaranya adalah Phuket yang telah memulakan program vaksinasi besar-besaran dua bulan lebih awal dari negara lain.

Phuket menyasarkan untuk memberi suntikansekurang-kurangnya 460,000 orang – sebahagian besar penduduknya bermula 1 Julai nanti, ketika pelancong luar negara yang sudah divaksin tidak perlu menjalani tempoh kuarantin.

Pulau ini juga memiliki lapangan terbang antarabangsa dan pelancong akan dapat bergerak bebas sekitar Phuket tanpa menyebarkan risiko wabak kepada penduduk setempat.

Thailand juga mahu melihat sekurang-kurangnya 100,000 pelancong datang ke pulau peranginan ini menjelang suku ketiga 2021.

Ia juga berharap apabila vaksinasi di seluruh dunia semakin meningkat, permintaan industri pelancongan akan meningkat pada suku keempat dan merangkumi seluruh negara dengan sasaran 6.5 juta pengunjung akan membelanjakan 350 bilion baht (RM46 bilion) pada akhir tahun ini.

[Sumber: CNA]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!