Thailand Lancar 'Phuket Sandbox' 1 Julai Ini, Pelancong Dari 66 Negara Boleh Masuk Tanpa Kuarantin );

Type to search

Asean Backpackerz Berita

Thailand Lancar ‘Phuket Sandbox’ 1 Julai Ini, Pelancong Dari 66 Negara Boleh Masuk Tanpa Kuarantin

Share
buka phuket sandbox

Thailand secara rasminya akan melancarkan pelan ‘Phuket Sandbox’ yang membenarkan pengunjung dari negara-negara terpilih untuk masuk ke negara itu melalui Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin.

Pelan ini bertujuan untuk menghidupkan kembali industri pelancongan yang suram akibat pendemik Covid-19 sejak tahun lalu.

Berdasarkan pelan tersebut, pengunjung yang sudah divaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin tetapi wajib tinggal di Phuket selama 14 hari sebelum dibenarkan ke wilayah lain di Thailand.

Bagi pengunjung yang masih belum divaksinasi, mereka masih diwajibkan menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan.

Di bawah pelan Phuket Sandbox, pengunjung harus menunjukkan bukti vaksinasi, melakukan ujian RT-PCR sebelum dan ketika berada di Thailand dan memohon perakuan kemasukan (Certificate of Entry (COE)) daripada kedutaan Thailand.

Foto: Thai Embassy

Kementerian Luar Negeri Thailand telahpun mengeluarkan satu notis di laman web COE bahawa permohonan di bawah pelan Phuket Sandbox sudah dapat dilakukan bermula pukul 12.00 petang waktu Thailand, 28 Jun 2021 lalu.

Sebanyak 66 buah negara telah dikenalpasti layak terlibat dalam pelan tersebut. Senarai akan dikemakini dari semasa ke semasa berdasarkan situasi Covid di setiap negara.

Foto: The Nation Thailand
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!