Travel Bubble: Pulau Pangkor Belum Bersedia );

Type to search

Backpackerz Berita

Travel Bubble: Pulau Pangkor Belum Bersedia

Share
pulau pangkor

Pulau Pangkor masih belum bersedia ketika ini untuk menjadi salah satu destinasi gelembung pelancongan domestik kerana belum mencapai beberapa syarat yang ditetapkan.

Bagaimanapun, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya masih menyenaraikan pulau peranginan itu sebagai salah satu destinasi program tersebut.

BACA JUGA: Pulau Pangkor Dijangka Dibuka Semula 1 November Ini Buat Pelancong Tempatan

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan kementerian berkenaan untuk memastikan syarat-syarat itu dipenuhi secepat mungkin.

“Antara syaratnya ialah persediaan pengusaha-pengusaha di Pulau Pangkor dan juga dari segi vaksinasi. Ini kerana kita mesti membuat persediaan daripada segi pintu masuk untuk mengelakkan masalah-masalah kesesakan dan juga masalah-masalah untuk check daripada segi saringan COVID-19 dan sebagainya dan juga penyelarasan daripada segi bilangan penduduk yang telah divaksin sedang dibuat pada waktu dan ketika ini dan belum lagi kita siap sedia lah dengan laporan.

Beliau ditemui selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan negeri akan berusaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan, lebih awal daripada tarikh yang disasarkan selewat-lewatnya 1 November depan.

Pada Selasa, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan selepas kejayaan pada fasa gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, kerajaan bersetuju untuk membuka tiga lagi destinasi pelancongan bermula 1 Oktober ini.

Tiga destinasi itu ialah Pulau Tioman, Genting Highland dan Melaka.

[Sumber: Astro Awani]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!