Pulau Pangkor Dijangka Dibuka Semula 1 November Ini Buat Pelancong Tempatan );

Type to search

Backpackerz Berita

Pulau Pangkor Dijangka Dibuka Semula 1 November Ini Buat Pelancong Tempatan

Share
pangkor

Selepas Pulau Langkawi dan beberapa pusat peranginan di Terengganu telah diumum dibuka buat pelancong tempatan, sebuah lagi pembukaan destinasi percutian di Perak akan diumum tidak lama lagi.

Pusat peranginan terkenal Pulau Pangkor dijangka dibuka selewat-lewatnya 1 November depan kepada pelancong.

Bagaimanapun, keputusan akhir tertakluk kepada ‘lampu hijau’ daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

pangkor

“Daripada segi mereka yang mendaftar (vaksinasi), hanya 87 daripada 8,026 penduduk (yang perlu divaksin), termasuk pengusaha pelancongan, yang belum divaksin, kerana masalah kesihatan atau mungkin menjalani kuarantin (COVID-19).

“Maklumat terkini yang diterima, difahamkan kita masih lagi belum memenuhi syarat peratusan vaksinasi yang diperlukan.

“Kerajaan negeri sasarkan pembukaan semula Pulau Pangkor pada 1 November.

“Jadi, segala usaha kita tekankan ke arah pembukaan semula secara penuh untuk pemain-pemain industri, termasuk perkhidmatan restoran, penjaja kecil yang telah berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

pangkor

Beliau turut berkata, bagi mencapai imuniti kelompok di Pulau Pangkor, sekurang-kurangnya 8,026 penduduk layak iaitu berusia 18 tahun ke atas perlu menerima vaksin daripada jumlah keseluruhan 11,500 populasi yang diunjurkan di pulau terbabit.

Julai lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Syukri berkata Program Destinasi Bebas COVID-19 Fasa Dua Pelan Pemulihan Pelancongan diperluaskan ke pulau-pulau peranginan yang menjadi tumpuan utama pelancong seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor.

pangkor

Diharap berita gembira ini bakal disambut dengan baik oleh seluruh rakyat Malaysia dengan sentiasa mengekalkan penjarakan sosial dan patuh pada SOP yang ditetapkan.

Sekiranya masih ada yang belum melengkapkan suntikan vaksin, sila dapatkan segera kalau tak nanti tak boleh bercuti!

 

[Sumber]: astroawani

 

Baca: [VIDEO] ‘Ain Dubai’ – UAE Umum Pembukaan Ferris Wheel Tertinggi Di Dunia Buat Pelancong

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!