PULAU PINANG, PHUKET TERSENARAI ANTARA 19 DESTINASI TERMURAH DI DUNIA UNTUK DIKUNJUNGI TAHUN INI - Verst Berita

Type to search

PULAU PINANG, PHUKET TERSENARAI ANTARA 19 DESTINASI TERMURAH DI DUNIA UNTUK DIKUNJUNGI TAHUN INI

Berita

PULAU PINANG, PHUKET TERSENARAI ANTARA 19 DESTINASI TERMURAH DI DUNIA UNTUK DIKUNJUNGI TAHUN INI

Share
  • Laporan tahunan dikeluarkan oleh Post Office Travel Money (United Kingdom) untuk trend percutian 2019.
  • Laporan menggunakan barometer Worldwide Holiday Cost itu membandingkan jumlah nilai lapan barangan “ruji” yang dibeli pelancong.
  • Perbandingan dibuat meliputi 42 buah resort dan bandar-bandar utama dunia.

Post Office Money Travel adalah rangkaian peruncitan dan perkhidmatan kewangan terbesar di United Kingdom yang sudah mula beroperasi sejak 370 tahun lalu!

Kajian terkini yang dilakukan syarikat pos gergasi ini menunjukkan secara keseluruhan kos pengembaraan ke beberapa buah bandar utama dunia telah menurun – berdasarkan ukuran lapan barangan tipikal yang dibeli pelancong yang kebanyakannya meliputi makanan dan minuman serperti air mineral, set hidangan untuk dua orang, krim pelindung matahari dan minuman keras.

Selepas kajian dilakukan, pengiraan jumlah kos untuk bercuti ke setiap destinasi yang tersenarai dibuat – bagi menentukan destinasi paling murah untuk dikunjungi.Pulau Pinang tersenarai di tempat ke-19 dengan purata perbelanjaan USD107.89 (RM441.86) untuk bercuti ke sini. Berikut adalah senarai penuh ranking destinasi termurah untuk bercuti yang dikeluarkan Post Office Travel Money:

#19 Pulau Pinang, Malaysia – USD107.89

#18 Budapest, Hungary – USD103.36

#17 Phuket, Thailand – USD103.11

#16 Porec, Croatia – USD100.42

#15 Rodney Bay, St Lucia – USD100.07

#14 Orlando, Amerika – USD94.34

#13 Cancun, Mexico – USD 92.44

#12 Sliema, Malta – USD89.22

#11 Hoi An, Vietnam – USD86.67

#10 Bali, Indonesia – USD86.64

#9 Paphos, Cyprus – USD81.42

#8 Prague, Republic Czech – USD71.07

#7 Mombasa, Kenya – USD69.80

#6 Tokyo, Jepun – USD69.40

#5 Costa del Sol, Sepanyol – USD67.62

#4 Cape Town, Afrika Selatan – USD62.78

#3 Algarve, Portugal – USD62.61

#2 Marmaris, Turki – USD56.52

#1 Sunny Beach, Bulgaria – USD45.01

Title

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!