Covid-19: Pusat Pelancongan Musim Sejuk Di Korea Selatan Diarahkan Tutup );

Type to search

Backpackerz Berita

Covid-19: Pusat Pelancongan Musim Sejuk Di Korea Selatan Diarahkan Tutup

Avatar
Share

Berikutan peningkatan kes wabak Covid-19 di seluruh negara, kerajaan Korea Selatan telah mengarahkan segala aktiviti dan pusat pelancongan musim sejuk mereka ditutup.

Segala aktiviti percutian musim sejuk seperti ski dan tempat tumpuan para pelancong ketika musim sejuk ditutup kerana gelombang ketiga wabak tersebut dikatakan agak parah berbanding sebelumnya.

Halla, Pulau Jeju, Salju, Musim Dingin

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Menurut Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun mengatakan bahawa perintah tersebut dijalankan bermula 24 Januari 2020 hingga Januari 2021.

“Segala perjumpaan yang melibatkan jumlah melebihi empat orang adalah tidak dibenarkan,” tambahnya lagi.

Covid-19, Coronavirus, Jarak Sosial

Ketika ini, daerah Seoul dan kawasan sekitarnya telah pun melarang perjumpaan melebihi empat orang sepanjang cuti Krismas dan sambutan Tahun Baru.

Kerajaan Korea Selatan meminta agar seluruh rakyatnya mematuhi arahan tersebut dan membatalka segala perjumpaan dan aktiviti sepanjang cuti Krismas dan Tahun Baru.

Rakyat Malaysia yang mempunyai keinginan untuk berjalan ke Korea Selatan cuba tangguhkan dahulu niat demi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

[Sumber: The Star]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!