Qantas Tawar Penerbangan Percuma Selama Setahun Bagi Individu Sudah Divaksin );

Type to search

Airlines Backpackerz Berita

Qantas Tawar Penerbangan Percuma Selama Setahun Bagi Individu Sudah Divaksin

Share
Qantas

Qantas mengumumkan insentif berupa penerbangan percuma selama setahun bagi warga Australia yang sudah divaksin bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negara itu mengambil vaksin.

Bercakap dalam satu program bual bicara Australia, Sunrise, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alan Joyce berkata syarikatnya bersedia untuk memberi 10 pemenang bertuah tiket penerbangan tanpa had.

“Kami ingin menawarkan 10 hadiah mega, sekurang-kurangnya satu untuk setiap negeri atau wilayah, di mana sebuah keluarga akan memenangi perjalanan percuma tanpa had untuk empat orang selama setahun di rangkaian Qantas dan Jetstar,” katanya.

“Selain itu, Accor Group telah turut serta dan mereka menawarkan satu juta Accor Points, yang memberikan penginapan percuma di 400 hotel dan resort di seluruh negara,” katanya.

Program ganjaran tersebut akan bermula pada bulan Julai melalui aplikasi Qantas. Joyce berkata sesiapa saja yang telah divaksin sebelum ini turut berpeluang menyertai sehingga hujung tahun ini.

“Kami mempunyai kepentingan dalam hal ini, kami ingin melakukan segala yang kami mampu untuk memastikan sempadan dalam negeri dibuka dan terus dibuka dan supaya kami dapat beroperasi di peringkat antarabangsa,” ujar beliau.

Pelbagai syarikat dilihat memainkan peranan mereka dalam menggalakkan orang ramai untuk mengambil vaksin. United Airlines baru-baru ini turut mengumumkan hadiah sama berupa penerbangan percuma selama setahun bagi pelanggan setia mereka.

Sumber: 9news

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!