Rakyat Malaysia Maut & Cedera Parah Akibat Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi di Thailand! - Verst Berita

Type to search

Rakyat Malaysia Maut & Cedera Parah Akibat Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi di Thailand!

Berita

Rakyat Malaysia Maut & Cedera Parah Akibat Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi di Thailand!

Share
  • Sebelum ini, media Malaysia melaporkan seorang penyelia Bank Negara Malaysia (BNM) di Kuala Lumpur maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Nong Ri, Thailand, pada 27 Januari 2019
  • Mangsa menunggang motosikal berkuasa tinggi BMW RT 1200 maut di lokasi kejadian selepas berlanggar dengan sebuah motosikal lain milik rakyat Thailand

Jika diperhatikan, banyak laporan mengenai kemalangan maut yang membabitkan ‘geng-geng bikers’ yang berkonvoi ke negara gajah putih, Thailand sejak kebelakangan ini. 

BackPackerz nak pesan, lebih berhati-hati wahai semua bikers kental Malaysia. Ingatlah orang yang tersayang.

"You don't stop riding when you get old, you get old when you stop riding."

Terbaharu, seorang warga Malaysia meninggal dunia di Thailand setelah touring bike yang dibonceng bersama suaminya hilang kawalan.

Seorang wanita maut manakala suaminya dilaporkan cedera parah selepas motosikal berkuasa tinggi model BMW R1200 yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Suphan Buri, daerah Muang pada Rabu petang, 13 Februari. 

Media Thailand melaporkan pasangan berasal dari Seremban ini dalam perjalanan dari Wilayah Kanchanaburi menuju ke Wilayah Tak di utara-barat Thailand bersama dengan 20 penunggang yang lain.

Kredit - Media #DTTB
Kredit - Media #DTTB

Kemalangan maut berlaku pada jam 1.30 petang di Malaiman Road di Tambon Suan Taeng. Mangsa, Zuraini Mohd Nor, 49, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya, Mahyadi Abdul Manan, 59, dilaporkan cedera pada tangan kanan dan patah kaki.

Mangsa telah dibawa ke hospital pusat Chao Phraya Yommarat untuk rawatan lanjut. Difahamkan, motosikal yang ditunggang pasangan dari Malaysia ini hilang kawalan di selekoh dan terbabas langgar pembahagi jalan. 

Pihak berkuasa Thailand sedang melakukan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan yang melibatkan warga Malaysia ini.

Kredit - Media #DTTB
Sumber: The Thaiger & Harian Metro
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!