[VIDEO] Orang Lain Rentas Negeri Pergi Bercuti, Lelaki Ini Travel Pergi Kedai Face Mask );

Type to search

Backpackerz Berita

[VIDEO] Orang Lain Rentas Negeri Pergi Bercuti, Lelaki Ini Travel Pergi Kedai Face Mask

Share
rentas negeri

Semenjak kerajaan Malaysia telah mengumumkan kebenaran aktiviti rentas negeri, ramai lah yang dah mula balik kampung, bercuti bersama keluarga, pergi trip atau travel.

Masa ini juga lah banyak tawaran menarik daripada agensi percutian yang menawarkan trip murah. Sakan lah semua nak bercuti!

Tetapi, aktiviti rentas negeri untuk travel dan bercuti ini mungkin sudah terlalu biasa bagi seorang pemilik akaun laman TikTok bernama Hafizul Hakim ini.

BACA JUGA: Sedap & Kenyang! Syarikat Jepun Ini Cipta Mask Muka yang Boleh Dimakan

Sedang orang lain sibuk nak travel pergi bercuti, abang ini boleh rentas negeri semata-mata nak borong face mask. Adoi~

@hafizulhakim03 Org lain travel bercuti.. aku travel ke kdai mask😂 #fyp #fypシ #rentasnegeri #mask #maskrider ♬ original sound - cytō⛩ - Cyto

Kedai ini menyediakan pelbagai jenis pelitup muka bermacam-macam warna dan corak daripada pelbagai jenama. Memang rambang mata untuk pilih pelitup muka yang sesuai kerana bukan sahaja mempunyai banyak pilihan, tetapi harga yang dikenakan juga amatlah berpatutan.

Menurut orang ramai di ruangan komen, kedai viral bernama MyMaskHub ini terletak di Lakefield Sungai Besi sederet dengan restoran Pizza Hut. Rupa-rupanya, kedai ini bukan sahaja berlokasi di Sungai Besi, tetapi terdapat banyak lagi cawangan lain di lokasi berbeza.

Selain daripada menjual pelitup muka yang bervariasi, mereka juga ada menjual face shield serta alatan sanitasi dengan harga yang berpatutan.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin mencari pelitup muka dengan design yang cantik dan harga yang berpatutan, boleh try ke kedai ini untuk borong semuanya.

[Sumber: Hafizul Hakim]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!