Resort 5 Bintang, The Andaman Langkawi Hampir Musnah Dijilat Api
Share

- The Andaman Langkawi terpilih sebagai hotel spa terbaik oleh Haute Grandeur Global Awards.
- Resort ini satu-satunya hotel di Malaysia diberikan gelaran luxury collection resort.
- Penginapan mewah di Jalan Teluk Datai itu musnah dalam kebakaran yang berlaku dua kali, petang semalam & awal pagi tadi.
Penginapan bertaraf lima bintang yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuah, Langkawi ini hampir musnah setelah sebahagian bangunannya dijilat api marak dalam dua kejadian yang berasingan.
The Andaman, Luxury Collection Resort menjadi antara penginapan eksklusif yang menawarkan persekitaran hutan hujan berusia 100 juta tahun di Teluk Datai yang tenang dan cukup privasi.

Menurut Bernama, kebakaran pertama berlaku kira-kira 4 petang semalam (12 Januari) berjaya dipadam sebelum api kembali marak di lokasi sama pada 1 awal pagi tadi akibat tiupan angin kencang serta struktur bangunan dari kayu hingga memusnahkan semuanya.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sewaktu proses memadam kebakaran, empat petugas Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) yang membantu, turut mengalami sesak nafas dan muntah.
Mereka telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk mendapatkan rawatan. Difahamkan, berkemungkinan besar kesan kebakaran resort turut merebak ke kawasan hutan hujan berhampiran.
Lokasi Andaman Resort yang berada di kawasan teluk laut dan diredupi dengan kawasan hutan hijau dara berusia ratusan juta tahun.
Beribu kali sayang, hotel bertaraf lima bintang kebanggaan Langkawi ini menamatkan riwayatnya akibat kebakaran.
Terima kasih Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah yang bertungkus lumus selama 10 jam untuk operasi pemadaman api.
I am text block. Click edit button to change this text.
Video kiriman orang awam. pic.twitter.com/yW1VCEDph1
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 13, 2021