RFID Di Semua Plaza Tol Bermula Tahun Depan, Ini Apa Anda Perlu Tahu );

Type to search

Backpackerz Berita

RFID Di Semua Plaza Tol Bermula Tahun Depan, Ini Apa Anda Perlu Tahu

Share
rfid

Menerusi laporan Bernama, transaksi RFID akan bermula pada 15 Januari bagi kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara laluan Juru, Pulau Pinang-Skudai, Johor.

Dalam pada itu, kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan ketika ini dan akan dihentikan secara berperingkat.

BACA JUGA: ePenjana- RM50 Boleh Digunakan Untuk Bayaran Atas Talian, Tol, eHailing & Servis Aplikasi

Objektik penggunaan RFID ini adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna jalan raya serta mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Ia juga adalah selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar dan akan menyebabkan perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong.

Infografik mengenai RFID

Berikutan penularan pandemik COVID-19, penggunaan RFID dapat mengurangkan risiko jangkitan melalui transaksi tol tanpa sentuh.

Orang ramai juga boleh melakukan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui aplikasi Touch ‘n Go sahaja.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan TAG RFID, anda boleh melayari secara dalam talian di Touch ‘n Go eWallet dan di portal Touch ‘n GO atau melalui ejen pemasaran yang dilantik untuk pemasangan di 39 pemasangan di Semenanjung Malaysia yang disediakan.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila layari www.plus.com.my dan www.touchngo.com.my.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!