Rindu Makanan Penang? Kini Boleh Tempah di Platform 'Food Delivery' Baharu Ini );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Rindu Makanan Penang? Kini Boleh Tempah di Platform ‘Food Delivery’ Baharu Ini

Share
rindu
  • Segalanya tersedia ibarat syurga makanan di hujung jari menggunakan airasia food.
  • Airasia super app telah mula beroperasi di pulau Mutiara pada 11 Mei 2021.
  • Kini mempunyai lebih daripada 100 rakan penghantar hanya dalam sebulan.
rindu

Semua mesti rindu nak food hunting di Penang kan, penulis sendiri teringin sangat makan Sany Char Kuew Teow Bayan Lepas. 

Berita baik, kini pilihan tersebut hanya di hujung jari anda kerana airasia food – platform penghantaran makanan oleh airasia super app telah mula beroperasi di pulau tersebut pada 11 Mei 2021.

Airasia food akan terus mengembangkan perkhidmatannya ke seberang Pulau Pinang dalam pengembangan Fasa 2.

Anda tidak perlu lagi berfikir apakah hidangan hari ini kerana segalanya tersedia ibarat syurga makanan. Dari restoran tempatan, kafe, ke pusat penjaja dan gerai makanan jalanan, pelbagai pilihan tersedia di tangan anda untuk menikmati hidangan yang enak. Apa yang anda rindu untuk makan, kini tersedia di airasia food. 

rindu
Airasia food in Penang guys

Pelancaran di Utara

Pelancaran airasia food di Pulau Pinang bermula dengan pasukan kecil airasia Allstars (yang terdiri daripada juruterbang, kakitangan darat dan eksekutif) memperkenalkan penyelesaian penghantaran makanan baharu kepada pengendali makanan dan minuman tempatan di Pulau Pinang pada awal bulan April.


Pembantu Khidmat Tetamu AirAsia Lee Lay Chen yang bertugas di Pulau Pinang, turut menyertai pasukan airasia food untuk mendaftar peniaga-peniaga di Pulau Pinang sambil berehat daripada menguruskan operasi lapangan terbang. Dia berkata:

Kami amat berbesar hati melihat airasia food akhirnya tersedia di Pulau Pinang! Semasa lawatan kami ke restoran-restoran tempatan, kami telah menerima maklum balas yang amat positif terutama sekali pada caj komisen lebih rendah yang ditawarkan oleh airasia food dan mereka juga terbuka untuk mencuba platform penghantaran makanan baharu oleh kami. Pasukan kami juga bekerjasama rapat dengan para peniaga untuk memperkenalkan platform digital kami, membantu mereka untuk memuat naik menu, memberi panduan untuk penjejakan pesanan, analitik dan banyak lagi. Pasukan kami masih aktif untuk mendaftar para peniaga dan kami mengalu-alukan lebih banyak pengendali makanan dan minuman untuk menyertai airasia food.”


Berikutan pengembangannya ke Pulau Pinang, ramai kakitangan airasia di Pulau Pinang (termasuklah juruterbang dan kru kabin) mengambil peluang ini untuk menyertai sebagai pasukan penghantaran airasia, dan kini kami mempunyai lebih daripada 100 rakan penghantar hanya masa sebulan.

Nikmati Perkhidmatan Penghantaran Tanpa Had Percuma selama empat minggu di Pulau Pinang

Pasti ramai orang Pulau Pinang tertanya-tanya apakah airasia food – bagaimana untuk menggunakan aplikasinya, seberapa cepat penghantarannya, dan berapa ramaikah peniaga yang ada?

Jangan risau, kerana pelanggan kami di Pulau Pinang kini dapat menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dari 15 Mei hingga 11 Jun 2021 untuk penghantaran dalam jarak 10km dari lokasi pesanan, tanpa perbelanjaan minimum!

Peniaga makanan dan minuman yang berminat untuk menyertai platform airasia food hanya perlu mengisi borang ini, dan mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada Pasukan Penghantaran airasia boleh mendaftar di halaman ini.

rindu
Bagaimana untuk buat pesanan melalui airasia food

Selain itu, nikmati diskaun tambahan sebanyak RM5 dengan kod promosi ‘PENANG5’ untuk pesanan airasia food anda! Jadi, mana yang dah rindu sajian Penang boleh pakat cuba tawaran ini.

Kami akan terus meningkatkan senarai peniaga di Pulau Pinang (kini terdapat 50 peniaga berdaftar) jadi layari airasia.com/food atau klik ikon ‘Food’ di airasia super app anda sekarang untuk menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dan diskaun menggunakan kod promosi untuk masa terhad.

Lim Ben-Jie, Ketua e-Dagang airasia super app berkata bahawa Pulau Pinang menandakan kemasukan pasaran ketiga oleh airasia food setelah Lembah Klang dan Singapura sejak Mei 2020.

“Caj komisen kami jauh lebih rendah daripada penyedia perkhidmatan penghantaran makanan lain yang mengenakan caj antara 35% dan 40%, ia dapat meringankan beban restoran kecil, penjaja dan peniaga kecil-kecilan dari rumah.

“Adalah menjadi misi kami untuk membantu perniagaan makanan tempatan untuk beroperasi dengan kos yang lebih rendah dan juga mendapat lebih akses kepada perkhidmatan penghantaran makanan. Pada masa ini, kami juga telah mengurangkan caj komisen sebanyak 5% (daripada 15% kepada 10%) selama dua minggu bermula 15 Mei.”

“Kami berharap anda kekal selamat di rumah, dan biarkan kami menghantar makanan kegemaran anda. Pada masa ini, penghantaran kami tersedia di pulau ini dan kami berharap untuk memperluas perkhidmatan penghantaran ke Seberang Perai dalam masa dua hingga tiga bulan lagi.”

Pesan daripada pelbagai peniaga di Pulau Pinang

Pesanlah makanan kegemaran anda daripada senarai restoran, kafe, penjaja di medan selera, sebut sahaja makanan yang anda rindu melalui airasia food!

Bersedialah untuk menerima pesanan makanan terbaik dari Pulau Pinang terus kepada anda. Untuk melihat menu sepenuhnya, muat turun airasia super app dan klik pada ikon ‘Food’ atau layari airasia.com/food.

Untuk lebih penjimatan, para pengguna airasia super app boleh mengumpul dan membayar menggunakan BIG Poin untuk pesanan makanan mereka di airasia food.

Airasia food juga telah menambah ciri pesanan awal untuk menawarkan kemudahan bagi mereka yang lebih suka merancang pesanan lebih awal. 

Sejujurnya penulis memang rindu kan makanan sisi jalanan yang ditawarkan sekitar Penang. Harap-harap pandemik ini cepat beransur pulih.

airasia food

“Rindu bertamu lagi, lemah tubuhku lidah pun kelu, resah menantikan yang tak pasti, bertanyakan hati mengapa ada rindu”.

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!