Jaguh Tenis Dunia Roger Federer Dilantik Jadi Duta Pelancongan Switzerland

Type to search

Backpackerz Berita

Jaguh Tenis Dunia Roger Federer Dilantik Jadi Duta Pelancongan Switzerland

Share
Roger Federer
  • Roger Federer & Switzerland Tourism (ST) akan berganding bahu untuk mempromosikan Switzerland di peringkat global.
  • Switzerland Tourism telah melantik Roger Federer sebagai duta jenama rasmi untuk destinasi di Switzerland.
  • Hebahan kempen giat dipromosikan bermula bulan April dengan tumpuan di bandar-bandar Eropah, diikuti Amerika Syarikat & Asia Pasifik.

Roger Federer

“I have always felt, whenever I step on the court,I am representing Switzerland. Whenever it says my name, there is a Swiss flag next to it. I have been very proud to do thatfor the first 22 years I have been on tour, and it will always be like that. To join forces with ST now is a logical step for me” – Roger Federer

Buat peminat sukan tenis sudah tentu figura ini tidak asing lagi buat anda semua. Siapa lagi kalau bukan, jaguh tenis Switzerland Roger Federer.

Federer pernah dinobatkan sebagai pemain tertua menduduki ranking pertama dunia pada usia 36 tahun.

Kalau tak silap penulis, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga mengambil inspirasi pemain tenis dunia ini yang mampu meraih gelaran kelapan Grand Slam Wimbledon biarpun usia mencecah 35 tahun ketika itu.

Itulah kehebatan jaguh tenis ini sehingga mengharumkan nama Switzerland di persada dunia menerusi kejayaan dan kejuaraan.

Setelah bertahun-tahun mewakili Switzerland menerusi pencapaian sukannya dan sikap peramah yang cukup dikenali, Roger Federer kini diangkat menjadi duta jenama rasmi untuk tujuan destinasi Switzerland.

Kerjasama ini merupakan inisiatif jangka panjang dengan lembaga pelancongan nasional, Switzerland Tourism.

Roger Federer
Switzerland Tourism interview with Roger Federer

Antara pendekatan yang digunakan adalah menarik pelancong untuk mengunjungi Switzerland dengan tarikan alam semula jadi yang terbentang luas.

Sokongan pelbagai pihak sangat diperlukan pada masa ini, terutama sektor pelancongan yang mengalami krisis paling teruk sejak Perang Dunia Kedua.

“This is a perfect match, because Switzerland and its unblemished nature have clearly contributed to Roger’s unprecedented career”, jelas CEO ST, Martin Nydegger.

Rangkaian siri visual dan klip pendek akan menampilkan Roger Federer dengan tenaga alam semula jadi Switzerland.

Menerusi MySwitzerland.com, pengunjung berpeluang meneroka Switzerland melalui pandangan Roger mengenai tempat menarik, tarikan istimewa serta hidden gem.

“I have been all over the world. My favorite place has always remained Switzerland. It’s the country I miss the most, when I’m traveling”, luahan Federer.

Roger federer
Roger Federer hiking Swiss Alps; ©Roger Federer

Bayaran pampasan untuk penampilan jaguh tenis dunia ini sebagai duta baru Switzerland Tourism diserahkan kepada Roger Federer Foundation yang menyokong kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Switzerland.

Persediaan merancakkan pelancongan global kian terasa termasuk Switzerland Tourism dan Roger sudah bersedia menjadi rakan kongsi secara rasmi.

Buat pelancong Malaysia, harap anda terus bersabar menanti pintu sempadan antarabangsa dibuka semula. Terus patuhi SOP ditetapkan. #IneedSwitzerland

Jom layan video temuramah Switzerland Tourism bersama Roger Federer berlatarbelakang Swiss Alps.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!