Sabah Mahu Bangunkan Segmen Pelancongan 'Berhantu', Sasar Pelancong Yang Kuat Semangat );

Type to search

Backpackerz Berita

Sabah Mahu Bangunkan Segmen Pelancongan ‘Berhantu’, Sasar Pelancong Yang Kuat Semangat

Share
Sabah pelancongan berhantu

Kerajaan negeri Sabah berhasrat untuk mempromosikan segmen pelancongan bertemakan misteri atau ‘dark tourism’ yang melibatkan kawasan berhantu yang sering dikaitkan dengan lokasi bersejarah di negeri berkenaan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata Jabatan Muzium Sabah menawarkan segmen tersebut bagi menarik lebih ramai pelawat mengunjungi Rumah Agnes Keith yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan sebagai ‘berhantu’.

“Lokasi ini (Rumah Agnes Keith) merupakan kediaman bersejarah semasa era pentadbiran British dan antara tarikan pelancong di Sandakan. Bangunan ini merupakan mercu tanda kewujudan kuasa Barat di Sabah dan tempat ini harus dijaga sebaik mungkin kerana sudah menjadi sebahagian daripada warisan Sabah.

Rumah agam yang terletak di atas bukit itu terkenal dalam kalangan penduduk tempatan sebagai ‘keras’ dan menyimpan pelbagai kisah misteri.

Rumah tersebut dinamakan bersempena dengan nama seorang penulis Amerika Syarikat, Agnes Keith yang pernah menetap di situ bersama suaminya sekitar tahun 1930-an. Beliau pernah menceritakan tentang penampakan lembaga serta insiden-insiden misteri di rumah berkenaan dalam autobiografinya.

Jafry bagaimanapun memberi ‘amaran’ bahawa aktiviti tersebut dikhususkan untuk mereka yang kuat semangat sahaja.

“Segmen ini memerlukan seseorang yang berani, justeru mereka yang lemah semangat, jangan cuba-cuba (menyertai aktiviti ini),” katanya kepada pemberita.

Penolong Kurator Muzium Sabah Safinah Yusop berkata rancangan untuk menjadikan Rumah Agnes Keith sebagai produk pelancongan akan dibentang kepada kementerian berkenaan dalam masa terdekat.

Katanya, pelawat boleh memilih untuk berkhemah di luar rumah atau membawa beg tidur dan bermalam di dalam rumah.

“Kisah mengenai hantu di rumah itu hanya tersebar dalam kalangan penduduk setempat. Ada yang kata mereka nampak seseorang mengintai dari tingkap, manakala yang lain pula kata ternampak wanita di atas bumbung rumah,” katanya yang berharap ia dapat dilaksanakan sebaik sahaja Sabah membuka semula sempadannya kepada pelawat antarabangsa.

Sumber: Bernama
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!