Sabah Benarkan Aktiviti Rekreasi Laut Kapasiti 50% Mulai Hari Ini );

Type to search

Backpackerz Berita

Sabah Benarkan Aktiviti Rekreasi Laut Kapasiti 50% Mulai Hari Ini

Farhana Syahirah
Share

Kerajaan negeri Sabah kini membenarkan aktiviti rekreasi laut dan sungai seperti selam skuba, snookeling dan memancing mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk dengan kapasiti 50% berkuatkuasa hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan da Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ia merupakan pindaan SOP yang dibuat bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini.

‘Muatan penumpang bagi bot laju terbuka dan tertutup yang membawa individu untuk aktiviti rekreasi laut dan sungai juga dibenarkan mengikut kapasiti tertakluk kepada penjarakan fizikal satu meter antara penumpang.’ katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata, sebanyak 39 kes baharu positif dilaporkan semalam, menajdkan jumlah kumulatif wabak itu di Sabah sebanyak 53.903 kes.

Seramai 158 pesakit COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini.menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh seramai 52,869 orang, katanya.

Mengulas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri, Masidi berkata, seramai 2,975 individu lagi telah menerima suntikan dos peryama vaksin COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25,439 penerima sejak program berkenaan dilancarkan pada 4 Mac.

[Sumber: Bernama]
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!