Saksikan Disney+ Hotstar sekarang di kaca TV menerusi Astro Ultra Box - Platfrom 'Streaming' Terkumpul No.1 di Malaysia Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Editor

Saksikan Disney+ Hotstar sekarang di kaca TV menerusi Astro Ultra Box – Platfrom ‘Streaming’ Terkumpul No.1 di Malaysia

Share
disney
  • Pelanggan kini boleh menstrim Disney+ Hotstar pada Ultra Box
  • Nikmati lebih banyak pilihan dan nilai dengan pakej menarik untuk dunia penstriman masa kini yang lebih terhubung
  • Langgani Pek Platinum dengan kontrak 24 bulan dan nikmati 60 hari + 24 bulan akses percuma kandungan Sports Extra

Pengguna boleh menstrim kandungan pemenang Anugerah Akademi® serta filem Hollywood yang terkenal daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic & banyak lagi dari keselesaan rumah mereka.

disney
Kini anda boleh strim Disney+ Hotstar di kaca TV anda dengan Astro

KUALA LUMPUR, 28 April 2022 – Astro terus menambah baik pengalaman pelanggan dengan menyepadukan perkhidmatan penstriman global dengan siaran langsung sukan antarabangsa dan rancangan kegemaran Malaysia dalam satu platform, menjadikannya destinasi hiburan terulung yang tiada tandingan bagi rakyat Malaysia.

Mulai 28 April 2022, para pelanggan boleh menikmati rancangan kegemaran Disney+ Hotstar termasuk Moon Knight dari Marvel Studios, drama Korea seperti Crazy Love, Soundtrack #1 dan Going to You at a Speed of 493km.

Siri baru The Kardashians dan filem pemenang Anugerah Akademi Encanto, yang memenangi Oscar untuk Filem Animasi Terbaik; dan filem daripada Pixar, Turning Red yang merupakan tayangan perdana filem nombor satu di Disney+ Hotstar di seluruh dunia setakat ini (berdasarkan bilangan jam yang ditonton dalam tiga hari pertama) di kaca TV mereka melalui Ultra Box.

disney

Disney+ Hotstar ialah platform penstriman khusus untuk cerita-cerita global, serantau dan Malaysia.

Ia menghimpunkan filem-filem terkenal Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi.

Menyediakan pelbagai tajuk daripada studio Malaysia terpilih dan portfolio kandungan bahasa tempatan yang unik dan berkembang dari Asia Pasifik. Disney+ Hotstar menawarkan pelbagai jenis program termasuk filem panjang berciri asli, siri aksi langsung dan animasi serta kandungan bentuk pendek dan dokumentari.

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Astro TV, berkata, “Kami gembira untuk mengalu-alukan penyertaan Disney+ Hotstar dalam tawaran Ultra Box, untuk meningkatkan akses pelanggan kami kepada kandungan hebat di satu tempat.

“Sebagai platform yang menempatkan pelbagai jenama dan francais yang paling ikonik, Disney+ Hotstar telah menyediakan pengguna di Malaysia denagn pelbagai kandungan asli dan tulen yang tidak berkesudahan dan menarik. Ia telah terbukti popular di kalangan pelanggan kami dan boleh diakses dengan mudah pada kotak peranti yang disambungkan di rumah.

Perkhidmatan penstriman ini melengkapi rangkaian rancangan bahasa tempatan dan juga kandungan serantau Asia, di samping tawaran sukan global tiada tandingan kami daripada Liga Perdana Inggeris kepada Sukan Asia dan Piala Dunia FIFA 2022.

Kami berbangga untuk menjadi perkhidmatan penstriman terkumpul No. 1 di Malaysia dengan Astro GO, Disney+ Hotstar, Netflix, TVB Anywhere+, HBO Go dan iQIYI yang kini sudah boleh ditonton serta banyak lagi yang akan datang. Pelanggan Ultra Box boleh bertukar-tukar rancangan hit popular tempatan dan tawaran kandungan menarik Disney+ Hotstar dengan mudah, tanpa perlu meninggalkan antaramuka Astro mereka.”

disney
Kini anda boleh strim Disney+ Hotstar di kaca TV anda dengan Astro

“Pengalaman serba baharu Astro ini membolehkan pelanggan menonton saluran penstriman kegemaran mereka di Ultra Box, lantas memberikan nilai dan penjimatan lebih besar.

“Kemudahan ini memainkan peranan penting dalam meluaskan jangkauan kami, dengan lebih 550,000 kediaman kini dihubungkan menerusi Ultra. Pek baru TV kami yang lebih padat, kini disediakan bersama aplikasi penstriman bermula serendah RM60 sebulan, memberikan kemudahan dan nilai kepada pelanggan.

“Kami juga berbesar hati untuk menawarkan produk Astro Fibre (jalur lebar) baharu kami sebagai produk tergabung, untuk terus meningkatkan lagi nilai yang ditawarkan oleh Astro.”

Pelanggan sedia ada kami yang melanggan Pek Movies, Premium 1, Premium 3 dan Platinum akan mempunyai akses kepada Disney+ Hotstar dengan hanya perlu klik pada aplikasi Disney+ Hotstar di laman utama Ultra Box.

Pada masa yang sama,memulakan proses log masuk pada skrin melalui tv.hotstar.com pada peranti lain. Proses yang mudah diikuti ini akan membolehkan pelanggan log masuk dengan nombor mudah alih dan kemudian memasukkan kod unik dari skrin TV mereka.

Pengalaman Astro serba baharu ini direka cipta untuk membolehkan pelanggan menstrimkan semua rancangan kegemaran mereka di satu tempat, dengan antaramuka intuitif sambil menerima hanya satu bil. Inilah masa paling sesuai untuk mendaftar, dengan pelbagai promosi menarik di www.astro.com.my.

Pelanggan baharu yang mendaftar untuk Pek Platinum dengan kontrak 24 bulan boleh menikmati 60 hari di Astro termasuk akses percuma kepada kandungan Sports Extra selama 24 bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pek Platinum, sila klik https://bit.ly/PlatinumPack60DaysOnUs. Sebagai alternatif, pelanggan baharu Movies Pack boleh menikmati pek tersebut selama 30 hari secara percuma. Untuk butiran lanjut, sila klik bit.ly/MoviesPack30DaysOnUs.

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!