Samseng Bergaduh & Berbalas Tembakan, Pelancong Awam Terbunuh di Bangkok - Verst Berita

Type to search

Samseng Bergaduh & Berbalas Tembakan, Pelancong Awam Terbunuh di Bangkok

Berita

Samseng Bergaduh & Berbalas Tembakan, Pelancong Awam Terbunuh di Bangkok

Share

Tergempar! Satu tembakan rambang di antara dua kumpulan gengster remaja di sebuah kawasan membeli-belah popular di Bangkok telah mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang pelancong asing terbunuh. 

Pada masa yang sama, dua warga Thailand dan seorang pelancong dari India dan Laos turut mengalami kecederaan. Beberapa mangsa merupakan sebahagian daripada sekumpulan pelancong India yang baru selesai makan malam di India Gate Restaurant dan sedang menunggu bas mereka di tempat letak kereta.

Dalam kejadian itu, pergaduhan tercetus setelah perbalahan antara dua kumpulan remaja sebelum tembakan dilepaskan dengan menggunakan senapang. Polis turut menjumpai kelongsong peluru AK-47 di tempat kejadian!

Menurut laporan agensi, pergaduhan itu berlaku pada hari Ahad lalu (7 Oktober) di sebuah jalan belakang Centara Watergate Pavillion Hotel, terletak di pusat bandar Pratunam Bangkok. Difahamkan, hotel tersebut bersambung dengan Watergate Pavillion Mall di Makkasan, sekitar 15 minit berjalan kaki dari Platinum Fashion Mall dan Siam Paragon Mall

Pihak polis sedang menyiasat perkara itu dan mengambilnya dengan serius kerana jarang berlaku insiden pergaduhan jalanan yang menggunakan senjata api seperti ini. Semoga polis Bangkok berjaya menangkap suspek dan lebih mengetatkan undang-undang pemilikan senjata api.


INFO

  • Daerah Pratunam, Bangkok merupakan tourist-friendly area yang terkenal dengan pasar membeli-belah dan night markets yang murah. Antara shopping mall yang popular adalah Platinum Fashion Mall dan Pratunam Market.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!