Sarawak Rancang Mempromosi Industri Pelancongan );

Type to search

Asean Asia Backpackerz Berita Feast Urban

Sarawak Rancang Mempromosi Industri Pelancongan Di Asia Barat

Share

Ekspo 2020 Dubai mendapat sambutan yang positif, kini negeri Sarawak merancang untuk mengadakan program berterusan di Asia Barat tahun ini untuk mempromosi negeri itu.

Pengarah Pemasaran, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Mary Wan Mering berkata, gerai pameran STB yang diadakan di Pavilion Malaysia menerima sambutan yang menggalakkan termasuk permintaan supaya Sarawak disertakan dalam pakej pelancongan negeri-negeri anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang berpotensi yang terletak di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain dan Oman.

BACA JUGA: Kucing Jadi Adiwira Penyelamat Bumi? Jom Lihat Bagaimana Rupa Si Meow Sebagai Anggota ‘Marvel’

Menurut Mary Wan Mering, permintaan negeri Sarawak menyertai Ekspo 2020 kerana tertarik dengan alam semula jadi hutan hujan tropika yang subur terjaga, hutan yang kaya dengan khazanah seperti di Taman Negara Mulu yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan mempunyai gua terbesar di dunia.

Penyertaan STB di Ekspo 2020 pada minggu ke-13 (Minggu Ekopelancongan) bermula pada 26 Disember 2021 hingga 1 Jan 2022 bertujuan untuk menembusi pasaran Asia Barat, manfaatkan populasi ekspatriat di UAE yang kebanyakannya berasal dari Eropah, Amerika Syarikat dan negara Asia lain.

‘Ekspo 2020 Dubai berlangsung dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022 dengan penyertaan 192 buah negara dan menarik seramai 25 juta pelawat,’ katanya.

[SUMBER: BERNAMA]

Akibat pandemik yang melanda dunia, Ekspo 2020 Dubai terpaksa ditangguhkan tetapi penganjur masih kekalkan nama dengan ‘Ekspo 2020 Dubai’ bagi tujuan pemasaran.

Tema Ekspo 2020 adalah ‘Menghubungkan Minda, Mencipta Masa Depan’. Ekspo ini dibahagikan kepada tiga bahagian yang mempersembahkan kepelbagaian budaya, seni, hiburan dari pelbagai negara dengan pendekatan futuristik.

 

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!