Selamat Tinggal ‘Ratchada Train Night Market’- Pasar Terkenal Di Bangkok Ini Bakal Ditutup Buat Selamanya );

Type to search

Asean Backpackerz Berita

Selamat Tinggal ‘Ratchada Train Night Market’- Pasar Terkenal Di Bangkok Ini Bakal Ditutup Buat Selamanya

Share

Sudah menjadi satu kewajipan bagi setiap pengunjung yang melancong Bangkok, akan singgah ke Ratchada Train Night Market, yang sangat dikenali sebagai syurga makanan di Thailand.

Pelbagai jenis juadah makanan yang dijual di sini malahan terdapat juga vendor yang menjual pakaian, barangan kraf tangan, dan banyak lagi.

Pendek kata, suasana di malam hari anda tidak akan pernah sunyi jika berkunjung ke Bangkok!

pasar

Namun begitu, penularan wabak COVID-19 yang berterusan telah mengakibatkan pasar malam berkenaan terpaksa ditutup semenjak 1 Julai yang lalu dan sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang maklumat rasmi tentang pembukaan pasar terkenal itu.

Mula beroperasi sekitar tahun 2015, pasar berkenaan dikatakan akan ditutup buat selamanya berikutan desakan ekonomi akibat serangan COVID-19 ketika ini.

Perkara itu diluahkan oleh pemilik restoran bar di situ menerusi posting di Facebook beliau.

pasar

Perkara ini jelas meninggalkan kerisauan bukan sahaja buat para peniaga, malah pengunjung dari serata dunia juga amat terkesan dengan berita penutupan ini.

Walaubagaimanapun, terdapat desas-desus mengatakan bahawa, pasar berkenaan akan kembali dibuka setelah keadaan kembali pulih, namun kepastiannya masih lagi diragui.

Keriuhan dan kepelbagaian juadah serta barangan yang dijual di sana, masih lagi segar di ingatan penulis.

pasar

pasar

Harapan penulis agar pasar ini kembali beroperasi semula selepas tamat COVID-19 agar kita semua berpeluang merasai semula keriuhan suasana malam di bumi Bangkok.

Kalau diberi peluang, jom kita ramai-ramai berkunjung ke sana. Dengar cerita ada sebuah restoran tomyam putih padu dekat pasar tu!

Sumber: bkkfoodie

 

Baca: Thailand Isytihar Pembukaan Semula Pantai Hua Hin Buat Pelancong Bermula Oktober Ini
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!