Ini Senarai Tempat Bahaya, Sering Berlaku Mati Lemas );

Type to search

Backpackerz Berita Visit Malaysia 2020

Hati-Hati! Ini Senarai Tempat Bahaya, Sering Berlaku Mati Lemas

Share

Selain daripada ramai yang pulang ke kampung selepas merentas negeri dibenarkan, tak kurang juga yang ramai merancang untuk menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam semula jadi bersama keluarga.

Mandi-manda di pantai, berehat di sungai, rasai air yang sejuk di kawasan air terjun dan sebagainya.

Aktiviti ini sangat sesuai untuk keluarga kerana dapat mengeratkan silaturahim sambil merehatkan minda daripada hiruk-pikuk kota.

BACA JUGA: BERMAIN ‘WATER RAFTING’ & MENYUSURI TITI GANTUNG TERPANJANG, AKTIVITI MENARIK DI HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM, KEDAH

Jangan lupa, selepas berkelah dan buat BBQ, pastikan bersihkan kawasan di sekeliling anda.

Bagaimanapun, aktiviti begini anda perlu tahu keadaan cuaca dan berhati-hati yang mungkin akan merisikokan keluarga.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi data dari Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) keluarkan senarai tempat yang berisiko tinggi berlaku kejadian mati lemas.

Tempat yang tersenarai telah mencatatkan kematian lemas melebihi lima mangsa yang berlaku pada 2016 hingga 2018.

[SUMBER: ASTRO AWANI]

Pantai

7 kematian di Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
7 kematian di Teluk Bahang, Pulau Pinang
14 kematian di Pantai Nipah, Bachok, Kelantan

Air Terjun

5 kematian di Chamang, Bentong, Pahang
10 kematian di Lata Berembun, Raub, Pahang
11 kematian di Sekayu, Terengganu
12 kematian di Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor

Sungai

5 kematian di Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor
6 kematian di Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan
6 kematian di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor
7 kematian di Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor
15 kematian di Sungai Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah

Lombong Dan Empangan

5 kematian di Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor
10 kematian di Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor
10 kematian di Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor

Jika anda merancang untuk ke tempat yang disenaraikan ini, pastikan keselamatan anak-anak dan sentiasa berhati-hati.

Sebaiknya, lihat keadaan cuaca terlebih dahulu untuk tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selamat bercuti!

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!