Shanghai Buka Muzium Astronomi Terbesar Di Dunia );

Type to search

Backpackerz Berita Feast Insider Urban

Shanghai Buka Muzium Astronomi Terbesar Di Dunia

Share

Muzium astonomi terbesar di dunia dibuka yang terletak di Shanghai, reka bentuk bangunan melengkung untuk melambangkan bentuk geometri kosmos dan tidak ada bangunan lurus atau sudut tepat dibina.

Struktur bangunan tersebut berbentuk tiga lengkok bertindih yang diinspirasikan daripada orbit angkasa.

BACA JUGA: Wanita Didakwa Beri Susu Badan Kepada Kucingnya Ketika Penerbangan, Enggan Berhenti Walaupun Diarahkan

Keluasan muzium tersebut seluas 420,000 kaki persegi mempamerkan planetarium, balai cerap dan teleskop suria setinggi 78 kaki yang diilhamkan oleh firma AS Ennead Architects yang memenangi pertandingan mereka bentuk bangunan antarabngsa pada tahun 2014.

Thomas J. Wong, pereka utama dan rakan kongsi dalam pembinaan muzium ini berkata, rekaan seni bina ini akan memberi manfaat dan impak yang luar biasa kepada pengunjung.

‘Bangunan ini dibina tanpa ada dinding yang lurus dan sudut tepat untuk memberi ilusi bahawa di alam semesta sentiasa bergerak bebas dan dikawal oleh pelbagai kuasa’, katanya.

Menurut Wong juga, bangunan yang dibina dengan tiga bentuk lengkok iaitu oculus sfera dan kubah terbalik masing-masing merujuk kepada matahari, bulan dan bintang yang mempunyai tarikan atau fungsi reka bentuk yang penting.

[SUMBER: CNN]

Pengunjung yang masuk di pintu utama muzium akan disajikan dengan jam berbentuk oculus yang dihasilkan daripada bulatan cahaya matahari yang bergerak merentasi lantai sepanjang hari menunjukkan masa dan musim.

Teater planetarium tertutup berbentuk sfera dari bumbung bangunan seperti bulan sabit dan kubah kaca terbalik yang luas di puncak bumbung memberi peluang kepada pengunjung melilhat langit malam terbuka.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!