Kempen "Shop and Be Rewarded" - Tourism Malaysia Sediakan Baucar E-Tunai Galakkan Pelancong Berbelanja );

Type to search

Backpackerz Berita

Kempen “Shop and Be Rewarded” – Tourism Malaysia Sediakan Baucar E-Tunai Galakkan Pelancong Berbelanja

Avatar
Share
"Shop and be Rewarded"

“Shop and be Rewarded!” Itulah tema kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia dengan kerjasama dengan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK Malaysia) pada 23 Mac lalu.

Kempen ini selaras dengan Pelan Pemulihan Pelancongan yang diumumkan MOTAC menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE), bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan domestik.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang hadir melancarkan kempen tersebut di Pusat Beli Belah, Mahkota Parade, Melaka menyatakan kempen ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu merancakkan semula industri beli-belah Malaysia yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19. 

Kempen ini akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 26 sehingga 28 Mac 2021, di lebih 30 pusat beli-belah yang mengambil bahagian. Kempen promosi ini menawarkan baucar e-tunai, di mana setiap pembelian minimum RM50.00 akan melayakkan mereka untuk menerima diskaun sebanyak RM10.00 di pusat beli-belah dan peruncit yang mengambil bahagian dalam program “Shop and Be Rewarded.”

"Shop and be Rewarded"

Sebagai sebuah persatuan yang mewakili pusat-pusat beli-belah di seluruh Malaysia, PPK Malaysia sedang giat berusaha untuk meningkatkan prestasi industri beli-belah yang terkesan berikutan impak pandemik Covid-19. Usaha sama dengan Tourism Malaysia ini diharapkan dapat mempercepatkan pemulihan industri menerusi aktiviti beli-belah.

Dianggarkan sehingga RM450,000 baucar e-tunai disediakan oleh Tourism Malaysia untuk ditebus sepanjang kempen “Shop and be Rewarded”. Dengan tawaran tambahan oleh pusat-pusat beli-belah di sekitar Wilayah Tengah, Utara, dan Selatan yang mengambil bahagian, sekurang-kurangnya RM900,000 akan diberikan kepada rakyat Malaysia.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy menyeru orang ramai mengambil peluang ini untuk membeli-belah, namun terus mematuhi SOP sedia ada yang ditetapkan oleh Kerajaan serta menjalankan aktiviti dengan selamat dengan penuh tanggungjawab, selaras dengan amalan norma baharu.

Untuk maklumat lanjut tentang senarai pusat beli-belah yang mengambil bahagian serta terma dan syarat kempen “Shop and be Rewarded”, orang ramai boleh layari ppkm.org.my atau www.malaysia.travel.

Nak sertai peraduan Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021? Anda berpeluang memenangi geran perjalanan (wang tunai) dan pelbagai hadiah menarik.

Sertai peraduan di sini – Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!