'Sindiket' Penjualan Passport Malaysia cecah RM250 ribu! - Verst Berita

Type to search

Berita

‘Sindiket’ Penjualan Passport Malaysia cecah RM250 ribu!

Share

Dokumen perjalanan atau passport yang dicuri dilaporkan telah dijual kepada sindiket jenayah dengan bayaran antara RM30 ribu hingga RM50 ribu sekitar tahun 1990-an. Kalau sekarang, berapa pula ‘nilainya’? Awas semua pengembara!

Kehilangan passport bukan isu yang baru. Malah, dikatakan bahawa nilai jualan pasport Malaysia ketika ini mampu mencecah sehingga RM250,000.

Buat pengetahuan pembaca #Backpackerz, sebanyak 77,945 pasport warga Malaysia dilaporkan ‘dicuri’ sepanjang tahun ini, menjadikannya purata 233 kes sehari, jelas Jabatan Imigresen dalam satu laporan Utusan Malaysia baru-baru ini.Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak 91 peratus berbanding dua tahun yang lalu – iaitu hanya 6,896 yang dilaporkan ‘hilang’ atau purata 19 kes sehari.

Laporan yang dinyatakan mengikut pangkalan data Stolen and Lost Travel Documents dari polis antarabangsa (Interpol), trend ‘kecurian’ passport telah meningkat dengan ketara sejak 2016 lagi.

Lebih menggemparkan, terdapat satu kes dimana sekumpulan polis London berjaya menangkap pekerja seks (pelacur) dan mendapati 16 warga China serta Thailand itu didapati menggunakan passport Malaysia! Jeng, Jeng, Jeng

Ada desas-desus menggesa Jabatan Imigresen Malaysia mengenakan tindakan tegas dan meningkatkan penalti yang lebih tinggi bagi sesiapa yang melaporkan kehilangan pasport akibat kecuaian, tercicir dan sebagainya.

Anda setuju ataupun tidak? Bincangkan bersama #BackPackerz

Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!