Singapura Longgarkan Syarat Sekatan, Tak Perlu Dah Pakai Mask );

Type to search

Backpackerz Berita

Singapura Longgarkan Syarat Sekatan, Tak Perlu Dah Pakai Mask

Share
singapura

Lebih kurang tiga tahun masyarakat dunia terpaksa ‘hidup’ bersama virus COVID-19 dengan memakai mask yang nampaknya masih belum beransur pulih, malah hari demi hari macam-macam pula varian baru yang muncul.

Kita juga sudah terbiasa dengan SOP yang ditetapkan dan sentiasa mengenakan pelitup muka ketika berada di tempat awam.


Baca Juga: Perjalanan VTL Malaysia-Singapura Dibuka Semula


Terbaharu, Singapura sedang melonggarkan lebih banyak sekatan COVID-19, termasuk menarik semula kebanyakan sekatan bagi pelawat divaksin sepenuhnya yang tiba ke negara itu serta menggugurkan syarat memakai mask di luar rumah.

Pengumuman tidak perlu lagi memakai mask tersebut disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucapannya pada Khamis.

Singapura antara negara pertama yang beralih kepada strategi hidup bersama COVID-19, tetapi terpaksa memperlahankan beberapa rancangan pelonggarannya berikutan penularan wabak berikutnya.

Alhamdulillah, sekarang gelombang varian Omicron di negara Asia Tenggara sudah mulai reda.

Pada kemuncaknya, Singapura melaporkan rekod hampir 26,000 kes pada Februari lalu, bagaimanapun jumlah jangkitan harian menurun kepada kira-kira 9,000 semalam.

Kebanyakan kes mempunyai simptom ringan atau tiada, dengan kira-kira 92 peratus daripada 5.5 juta penduduknya sudah divaksin sepenuhnya. Sejumlah 71 peratus lagi menerima dos penggalak.

Berita baik ni buat korang yang sudah rindu nak ke negara jiran~

[Sumber: Astro Awani]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!