Singapura Perkenalkan Program Travel Tanpa Kuarantin yang Pertama );

Type to search

Backpackerz Berita

Singapura Perkenalkan Program Travel Tanpa Kuarantin yang Pertama

Share
travel

Singapura umum untuk perkenalkan program travel tanpa kuarantin pertamanya bagi pelancong yang lengkap vaksin khususnya dari Jerman dan Brunei.

Negara itu juga akan melonggarkan sekatan bagi pelancong yang datang dari Macau dan Hong Kong dan merancang untuk membuka semula pelancongan setelah membuat vaksinasi lebih dari 75 peratus penduduknya.

Lembaga Penerbangan Awam Singapura semalam mengatakan, mereka akan terus menyesuaikan langkah-langkah perbatasan kami dengan perlindungan yang sesuai untuk memastikan kesihatan dan keselamatan awam.

BACA: Rakyat Malaysia Mungkin Dibenarkan ke Singapura Menggunakan MySejahtera Sebagai Pasport Vaksin

Sebelum ini, hanya penduduk Singapura, pekerja dan golongan yang mempunyai pas pelajar yang dibenarkan masuk.

Tetapi dengan kemas kini travel baru-baru ini, mulai 8 September, pelawat dari Jerman dan Brunei dapat memohon Pas Perjalanan Vaksin untuk memasuki Singapura.

Walau bagaimanapun, mereka harus mengambil beberapa ujian COVID-19, dari sebelum bertolak, pada waktu ketibaan, dan selepas ketibaan.

Selain itu, pelancong mesti tinggal di negara mereka yang berlepas (Jerman dan Brunei) sekurang-kurangnya 21 hari berturut-turut sebelum berangkat ke Singapura.

Bercakap mengenai Hong Kong, Menteri Pengangkutan S. Iswaran juga memberitahu bahawa sekarang mereka tidak mempunyai rancangan lagi untuk mewujudkan gelembung perjalanan Singapura-Hong Kong.

Gelembung perjalanan udara antara kedua negara telah dibatalkan dua kali kerana peningkatan kes virus.

Sementara itu, Hong Kong telah memperketat sekatan COVID dari hari Jumaat dan meningkatkan tempoh karantina bagi pelancong yang divaksinasi yang datang dari negara berisiko sederhana hingga 14 hari.

Sebelumnya, tempoh karantina adalah tujuh hari untuk pelancong yang diberi vaksin.

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!