SKS Airways Bersedia Untuk Terbang );

Type to search

Airlines Backpackerz Berita

SKS Airways Bersedia Untuk Terbang

Share
sks airways

SKS Airways Sdn Bhd, syarikat penerbangan terbaru di Malaysia menerima Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bermula 1 Januari lalu.

Oleh itu, ia kini bersedia melancarkan operasi penerbangan sulung dalam masa terdekat.

Pengarah SKS Airways, Datuk Rohman Ahmad berkata, penerimaan ASL daripada Mavcom membolehkan pihaknya beroperasi secara rasmi.

BACA JUGA: Pakai Seluar Dalam Sebagai Pelitup Muka, Lelaki Ini Dihalau Daripada Pesawat Tetapu Tetap Berkeras Dirinya Betul

“Kami tidak sabar melayani pelanggan di samping mengekalkan piawaian kebersihan dan keselamatan tertinggi,” katanya.

Lesen Perkhidmatan Udara yang diserahkan oleh MAVCOM kepada Nidzam Norwani, Ketua Komersial SKS Airways / Foto: SKS Airways.

Katanya, pandemik yang melanda sejak dua tahun ini memberi kesukaran kepada industri penerbangan dan pelancongan bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Katanya, bagaimanapun, kesukaran itu beransur pulih dan kembali membuka semula operasi perniagaan terutama industri penerbangan.

“Kami di SKS Airways bekerja keras dalam tempoh ini untuk memperkenalkan syarikat penerbangan komersil baharu yang memfokuskan kepada destinasi laluan yang belum atau kurang diteroka.

“Kami juga mula menerima tempahan penerbangan tidak lama lagi,” katanya.

SKS Airways diperbadankan pada 2017 dengan pegangan saham oleh rakyat Malaysia.

SKS Airways sebahagian daripada Kumpulan SKS yang diasaskan pada 1983 dengan pelbagai cabang perniagaan termasuk pembangunan hartanah, pelaburan, hospitaliti dan kewangan di Malaysia dan Australia.


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!